Gandingan Berbisa 2 Penyerang Kedah Raih Pujian Ramai Penyokong

Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya meraih kemenangan kedua mereka musim ini di pentas Liga Super serta buat pertama kali mengumpul tiga mata pertama ketika pasukan tersebut menghadapi cabaran Penang.

Pada aksi yang berlangsung semalam, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa berhempas pulas terlebih dahulu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sebelum mengetepikan tuan rumah menerusi keputusan 1-0.

Sepanjang aksi berlangsung, Kedah telah pun menurunkan Milos Gordic selaku penyerang import utama mereka dalam usaha untuk mendapatkan jaringan awal.

Walaupun begitu, Gordic gagal memainkan peranan beliau dengan baik terutama sepanjang tempoh 45 minit awal permainan walaupun mendapat banyak lorongan daripada rakan sepasukan.

Melihat kepada situasi tersebut, Nafuzi membuat penggantian pemain di pertengaha separuh masa kedua dengan membawa masuk Ebenezer Assifuah serta Syafiq Ahmad untuk meruntuhkan tembok kebal Penang.

Hasilnya, hanya tujuh minit sahaja diperlukan gandingan kedua pemain itu selepas mereka dibawa masuk untuk memberikan impak cukup besar sehingga terhasilnya jaringan sulung buat Kedah.

Menerusi satu lorongan bijak daripada Syafiq Ahmad yang mengelirukan pertahanan tuan rumah, Assifuah tenang menyudahkannya untuk menewaskan penjaga gol muda Malaysia, Sikh Izhan Nazrel.

Sehingga kini, tidak dinafikan impak yanh telah diberikan oleh Syafiq serta Assifuah buat barisan serangan Sang Kenari walaupun persaingan baru sahaja bermula.

Malah, gandingan ini juga merupakan kali pertama dibentuk selepas masing-masing sebelum itu tidak pernah diberi peluang beraksi bersama di atas satu padang.

Menerusi komen-komen di media sosial juga ramai mengharapkan supaya Nafuzi mampu untuk terus mempertaruhkan gandingan tersebut pada aksi akan datang.

Daripada segi statistik semasa di atas padang, jelas Assifuah kini lebih unggul di atas padang selaku pemain import dan kualiti bekas penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad berada dalam momentum terbaik.

Assifuah kini sudah pun meledak empat gol daripada tiga perlawanan diharungi termasuk ketika kejohanan Piala FA lalu selepas beliau mencipta hatrik sulung.

Syafiq pula ketika ini sudah pun mencipta satu gol dan satu bantuan jaringan daripada empat perlawanan peringkat domestik diharungi pemain tersebut buat Kedah.

Pada pandangan anda, adakah Nafuzi akan terus mengekalkan gandingan kedua pemain ini dalam kesebelasan utama pada aksi seterusnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN