Adakah kita bakal melihat gandingan duo sensasi remaja negara ketika ini, Azhad Harraz Arman dan Luqman Hakim Shamsudin di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Walaupun rata-rata penyokong dan bekas pemain Harimau Malaya kurang bersetuju untuk Luqman Hakim ‘turun pangkat’ ke skuad B-23 selepas tampil bersama skuad senior dalam beberapa perlawanan, namun bagi pengendali, Brad Maloney, beliau masih perlukan kudrat penyerang berusia 19 tahun itu dalam skuadnya.
Azhad Harraz pula cemerlang dalam aksi persahabatan pertama skuad tersebut – tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan baru-baru ini, malah berhasil meledak jaringan jarak jauh menewaskan penjaga gol, Damien Lim.
Statistik Skuad Projek FAM-MSN | Liga Premier 2021
Jumlah jaringan: 1️⃣2️⃣ Gol
Senarai Penjaring:
8️⃣ Gol
AZHAD HARRAZ ARMAN1️⃣ Gol
SAFWAN ARMAN
ISMAT IMRAN
FARRIS IZDIHAM
MUHAIMIN IZUDDIN #LigaPremier2021 #SPFM2021 pic.twitter.com/16xe9MO2AT— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 28, 2021
Selaku penjaring kedua terbanyak tempatan bagi saingan Liga Premier musim ini, kelibat penyerang berusia 18 tahun, Azhad Harraz sememangnya dinantikan dan beliau mencapai jangkaan semua dengan jaringan itu.
Hanya kurang satu gol daripada penjaring terbanyak tempatan, Nurshamil Abd Ghani yang meledak sembilan gol, Azhad Harraz mungkin pemain yang diharapkan untuk mengemudi jentera serangan skuad muda negara.
Walaupun skuad Projek FAM-MSN menutup tirai di kedudukan tercorot Liga Premier, prestasi Azhad Harraz yang meledak lapan daripada 12 gol pasukannya mencuri tumpuan skuad B-23 negara untuk disenaraikan.
Aksi 9 minit Luqman Hakim bersama KV Kortrijk menentang Club Brugge dalam perlawanan persahabatan. pic.twitter.com/HN4BTnAc95
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) July 3, 2021
Selain itu, dengan kehadiran Luqman Hakim yang memiliki pengalaman di luar negara bersama KV Kortrijk, dijangkakan Brad Maloney bakal meletakkan gandingan duo sensasi itu untuk jentera hadapan nanti.
Menurut laporan Kosmo, Brad Maloney masih ternanti-nanti kehadiran empat pemain yang bersama skuad kebangsaan sebelum ini yang masih menjalani kuarantin selepas pulang daripada tugasan skuad senior.
Empat pemain tersebut adalah Luqman Hakim, Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal dan Hakimi Abdullah.
Aksi persahabatan Skuad B22 kendalian Brad Maloney akur apabila tewas 1-2 kepada Juara Liga Perdana 2021, Negeri Sembilan FC pic.twitter.com/l0cHTROAyr
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 12, 2021
“Saya tidak pasti sama ada boleh mendapatkan khidmat keempat-empat pemain ini lebih awal dalam kem latihan pusat skuad B-23 kerana mereka sedang menjalani kuarantin. Namun, perkara itu sedang dibincangkan dan sudah tentu saya harapkan mereka dapat menyertai kami secepat mungkin,” jelas Brad Maloney.
Hanya dikumpulkan 10 hari dan tanpa empat pemain yang bersama skuad senior, Brad Maloney tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya. “Mereka dilihat agak tertekan kali ini,” ungkapnya.
“Ini adalah aksi pemanas badan pertama kami dan saya puas hati dengan apa yang pemain pamerkan,” ulasnya ringkas sambil menyatakan ada ruang yang boleh diperbaiki di benteng dan jentera serangan nanti.
Skuad B-23 negara dijadualkan bertemu Penang FC esok dan Kedah Darul Aman FC pada Isnin depan sebelum berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia. Mereka diundi dalam Kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand dengan juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Jun depan.