Gandingan Am Tuah, F.F Shige Juara Es Football Championship

Dua pemain E-sports FIFA 19 negara, Amirul ‘Am Tuah’ Afandi dan FF Shige muncul pemenang Es Football Championship yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lalu, bertempat di Sunway Pyramid.

Bertanding bagi kategori 2v2, kedua-dua pemain berhadapan dengan cabaran dari La Liga Esport Team.

Pertandingan E-sport anjuran La Liga ini mempertemukan pemain-pemain terbaik E-Sport untuk permainan FIFA 19 di Sepanyol, sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk berhadapan pemain terbaik dari negara ini.

Dua pemain terbaik dari Sepanyol adalah pemain yang mewakili Real Betis dan juga Alocron – dua pemain profesional E-Sport untuk kedua-dua kelab Sepanyol itu.

Namun demikian, Am Tuah yang pernah bergandingan bersama FF Shige sekitar 2017 sehingga 2018 nyata tidak mempunyai masalah digandingkan sekali lagi untuk mewakili negara dalam pertandingan yang berasaskan format ‘Exhibition Match’ ini.

Harus mengharungi berasaskan tiga pusingan untuk menentukan pemenang, pasukan negara berjaya merangkul kejuaraan dengan kemenangan 2-0.

Menggunakan pasukan Barcelona dan Real Madrid untuk kedua-dua perlawanan, pasukan negara mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas wakil La Liga pada perlawanan pertama.

Pusingan kedua, Am Tuah dan FF Shige yang mengendalikan Real Madrid sekali lagi berjaya mengatasi wakil La Liga dengan jaringan 2-1 selepas masa tambahan.

Kemenangan tersebut menyaksikan kedua-dua pemain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah €4,000 atau pun bersamaan dengan RM18,443.

Am Tuah dan FF Shinge bangga kibarkan Jalur Gemilang.

Sempat ditemubual oleh kami, Am Tuah berkata harapan beliau ialah supaya industri E-sport di dalam negara akan berkembang seperti yang apa yang berlaku di Sepanyol satu hari nanti.

Untuk tujuan itu, beliau juga berharap lebih ramai pemain dari negara ini beraksi di perlawanan antarabangsa pada masa akan datang.

Anda boleh menyaksikan perlawanan tersebut melalui pautan yang kami sertakan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN