Lewat malam ini, Malaysia akan turun berdepan Thailand dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala Asia B-23 dan skuad negara wajar berhati-hati dengan gandingan dua pemegang rekod penjaring termuda di Thai League 1.
Pemain sayap, Ekanit Panya dan penyerang, Suphanat Mueanta merupakan dua pemegang rekod penjaring termuda dalam saingan Thai League 1. Sebelum dipadamkan Mueanta di usia 15 tahun 9 bulan pada Mei 2018, Ekanit adalah pemegang rekod penjaring termuda di usia 15 tahun 11 bulan. Kedua-duanya perlu diperhatikan.
Ekanit dan Mueanta telah diturunkan dalam aksi berdepan Vietnam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka memanfaatkan kedua-dua pemain untuk membentuk serangan Gajah Perang di sebelah kiri. Fokal serangan mereka adalah di sebelah kiri.
📋 LINE-UPS | 🇹🇭 Thailand 🆚 Vietnam 🇻🇳
Two ASEAN sides go head to head in Tashkent in Group C!
Will it be 🔴 or 🔵 after 90 minutes?
Watch Live 📺 https://t.co/kBSnpdrtGy #AFCU23 | #THAvVIE pic.twitter.com/42w6682mEs
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 2, 2022
Ekanit dan Mueanta membentuk lebih kombinasi berbanding gandingan Channarong Promsrikaew dan penyerang, Achitpol Keereerom di sebelah kanan yang dilihat tidak aktif di sepanjang 90 minit perlawanan.
Anda dapat melihat heatmap yang menyaksikan Thailand seolah-olah lebih berat ke sebelah kiri padang.
Di posisi itulah, Ekanit dan Mueanta beroperasi. Banyak hantaran dilakukan di zon kiri padang menjadikan Ekanit dan Mueanta sebagai fokal serangan skuad Gajah Perang. Malaysia harus lebih berjaga-jaga dengan mereka.
Mueanta meledak jaringan penyamaan buat Thailand di penghujung perlawanan untuk mengikat Vietnam. Ia merupakan jaringan Mueanta dalam aksi pembukaan Thailand di Piala Asia untuk dua edisi berturut-turut.
Begitupun, beliau ada satu sumpahan yang perlu diatasi pada malam ini iaitu gagal menambah rekod jaringan selepas jaringan dalam perlawanan pertama. Di edisi 2020, Mueanta ‘senyap’ dalam baki saingan Thailand di kejohanan tersebut walaupun mereka tampil cemerlang dengan mara sehingga ke pentas suku akhir.
Jika Thailand turun dengan kesebelasan utama yang sama, gandingan inilah yang perlu diperhatikan. Berbeza usia dalam lingkungan tiga tahun, kedua-duanya merupakan aset di jentera serangan Thailand pada ketika ini walaupun mereka kali ini memiliki lambakan pemain yang diterbangkan masuk daripada luar negara.