Salam satu Malaysia.
Hai dan selamat datang ke game review oleh SemuanyaBola. Kali ini, kita akan bincangkan tentang peperangan dahsyat yang sudah lama berlaku sejak konsol cakera pertama dicipta- lebih besar dari perang antara puak Sentinel dan Scrouge dalam dunia DOTA, lebih dahsyat dari perbalahan antara puak Assassin dengan puak Templar dari siri Assassin Creed serta lebih popular dari pergaduhan antara fans Messi dan fans Ronaldo dalam dunia sebenar.
Okey. Kali ini, kita akan bercerita tentang perang antara FIFA 15 dan PES 2015, khususnya untuk era next generation console, era PS4 dan Xbox One. (Maaf Nintendo WiiU tak termasuk dalam kajian).
Jadi, lets gets the familiar facts –Pro Evolution Soccer (atau Winning Eleven) dibina oleh KONAMI, sebuah syarikat berpengkalan di Jepun manakala franchais FIFA pula dipegang oleh syarikat gergasi pembangun pemainan elektronik Amerika, EA Sports (Electronic Arts group) . Tahun ini FIFA keluar dengan slogan #feelthegame (rasai permainan) dan PES pula dengan slogan #thepitchisours (padang ini milik kami).
Jika dilihat pada zaman FIFA dan PES/WE mula-mula keluar dulu, senang je kita nak cerita – FIFA lebih kepada kepuasan penuh fans bola sepak moden , kerana ia adalah satu satunya produk permainan elektronik yang mempunyai semua lesen besar untuk copyright. Gamers yang memilih FIFA akan merasa puas kerana semua team yang diketengahkan dalam FIFA adalah tulen – official team, official logo, official kits, stadium dan sebagainya.
Bagi gamers yang memilih PES/WE pula, meraka akan puas kerana gameplay PES jauh lebih seronok dan lancar jika dibandingkan dengan FIFA. Apa nak kisah kalau team yang anda pakai tu nama dia “Merseyside Red”, menentang team “East London”, janji gameplay best. Janji tak kena bahan dengan member sebab bagi kaki PES ,orang yang main FIFA ni macam alien dari planet lain. Jika FIFA mempunyai lesen untuk EPL, PES pula boleh berbangga dengan lesen UEFA Champions League, Champions Cup dan AFC. Namun, bukan untuk semua pasukan yang bertanding.
Ianya jelas. Suka benda original, licenced product, skema, bajet “kaya”- pilihlah FIFA.
Suka gameplay best, tak lag, suka main dengan member-member, tak mahu dilabel “poyo”, boleh shoot terus dari tengah padang lepas sepak mula and score gol instantly, pilihannya jelas – PES.
Namun, FIFA sedar akan kekurangannya dalam hal itu dan tahun demi tahun , EA telah berusaha membaiki FIFA. Akhirnya FIFA 13 yang dikeluarkan dalam tahun 2012 benar-benar mencabar kredibiliti PES 13. Persaingan semakin sengit dan pada tahun lepas, FIFA 14 dikatakan telah menewaskan PES 2014 dari segi gameplay. Hal ini kerana PES 2014 mempunyai lag yang sangat-sangat tinggi dan kurang responsive. Yang mana main PES 2014, mesti tahu betapa tensionnya kalau nak buat quick shot/one touch dalam kotak penalty. Soalnya, tahun ini- untuk next gen console, siapakah yang lebih baik?
Jom kita selongkar satu demi satu.
FIFA 15.
Game FIFA 15 tahun ini direlease lebih awal dari PES 2015. So, honestly apa yang menjadi core strength dalam FIFA 15 ? Online play. Sesiapa yang biasa main FIFA online akan tahu bertapa syoknya bermain FIFA Ultimate Team (FUT), features yang membuatkan seorang gamers duduk melekat seperti kena gam depan TV, bermain tanpa henti.
Bagi yang tak tahu, FUT adalah satu mode dalam game dimana setiap gamer akan diberi kuasa untuk menguruskan pasukan bola sepak dan membeli pemain dengan matawang FUT.
Dan gamers akan masuk competition dan mencabar gamers lain untuk mendapatkan matawang FUT dan naik divisyen. Lebih tinggi divisyen, lebih banyak habuannya. Dan setiap pemain juga mempunyai chemistrynya yang tersendiri dengan pemain lain dalam pasukan yang korang uruskan. System yang komplikated, tapi menyeronokkan.
Adakah ia menyebabkan ketagihan? Ya. Tak payah cakap orang lain la, gua sendiri pun seret kad kredit gua semata-mata nak dapatkan player yang power dalam pasukan. Berapa banyak gua habis? Jangan tanya la. Tu soalan sensitif.
Anyway,jika korang kurang berminat dengan FUT, features online play FIFA memang tak pernah menghampakan. Meaning, kalau korang kadang-kadang nak lawan suka-suka untuk praktis, or gian nak main time server FUT tengah diupdate, head to head matches yang dimainkan untuk FIFA adalah lebih lancar jika dibandingkan dengan PES (gua pun tatau, PES punya online play region Malaysia tak selancar FIFA.Tapi tu dulu la. Sekarang mungkin dah ok sikit).
And again, untuk official licenced product dan dari segi kepuasan penuh , PES tak mampu bersaing dengan FIFA. EA adalah kompeni yang berduit besar dan mempunyai hubungan kontrak jangka masa panjang untuk official licenced tersebut. Dengan logo rasmi, jersi rasmi dan jersi rasmi untuk EPL, FIFA adalah pilihan yang tepat untuk fans yang benar-benar minat EPL dan kaki online gaming.
Antara features menarik yang terbaru dalam FIFA 15:
- Atmosfera di stadium lebih hidup. Di FIFA 15, bukan sahaja mereka mempunyai reka bentuk stadium yang sebenar, malah mereka turut merakam bunyi sebenar penonton di sana. Ini bermakna terdapat “chant” yang unik untuk setiap stadium.
- Teknologi “Goal Line” telah diadaptasi ke dalam system. Sama seperti teknologi yang digunakan di World Cup dan liga-liga besar Eropah.
- Dari segi grafik, grafik FIFA pada tahun ini adelah lebih baik dari edisi tahun lepas. Berbanding PES yang mengupah orang untuk (create) muka pemain, FIFA telah menggunakan teknologi imbasan 3D (3D scanning) untuk bahagian muka lebih 200 orang pemain utama. Cool ,eh?
PES 2015
Ramai yang sedia maklum bahawa PES 2015 adalah siri pertama dari PES yang muncul di next gen console . Dan menurut sejarah, PES mempunyai gameplay yang lancar berbanding FIFA, kecuali dalam PES 2014, dimana response time (atau lag) dirasakan cukup ketara.
Bagi gua, gameplay PES 2014 seakan-akan meniru gameplay FIFA – response time lebih lama, lebih teknikal dan passing / crossing system yang lebih complicated ( tak seperti dalam siri PES sebelumnya). Dan faktor itulah yang membuatkan PES tewas kepada FIFA pada persaingan tahun lepas.
Namun, PES 2015 dilihat lebih baik dengan lebih banyak pembaharuan- ya, passing/ crossing system yang lebih simple dan direct, namun masih tidak selancar PES versi PS2 zaman dulu-dulu.
Bukan itu sahaja, teamplay dan preset tactics setiap pasukan dipamerkan dengan lebih baik. Contohnya, jika korang pakai team Manchester Blue (Man City),wingbacks overlap yang dilakukan oleh Sagna dan Clichy dapat dilihat dengan nyata, dan peranan Yaya Toure sebagai defensive midfielder di tengah padang memang benar-benar berkesan. Dan jika korang menggunakan pasukan North London ( Arsenal), peranan Giroud sebagai target man untuk tanduk bola masuk dalam gol sewaktu angkat corner dan crossing memang menjadi.
Meaning, jika korang tahu game play pasukan yang korang guna, dan check compability dalam preset tactics, peluang korang untuk control game tu adelah lebih tinggi.
Oh ya, gua lupa nak mention. Pada siri kali ni, PES telah menggunakan FOX engine untuk grafik. Bagi yang tak tahu, untuk kebanyakkan game developer , masing-masing mempunyai teknologi enjin grafik yang tersendiri. (Contohnya CRYENGINE digunakan dalam siri game CYRSIS, FROSTBITE dalam siri game HITMAN ABSOLUTION, UNREAL engine digunakan dalam game UNREAL tournament). Bagi KONAMI, teknologi enjin grafik yang digunakan kali ini (FOX engine), pernah digunakan dalam siri game terbaik yang pernah KONAMI keluarkan- Metal Gear Solid (MGS) , Revengence.
Meaning to say, untuk PES 2015, KONAMI telah memberikan segala teknologi grafik yang mereka ada untuk mencabar grafik dalam FIFA dan, yeah dari segi grafik, personally gua rasa PES 2015 menang. But, bukan gua cakap grafik FIFA tak cantik,cuma kureng sikit – especially dari segi tubuh pemain- player built, PES dilihat masih mengusai bab itu.
Antara features lain dalam PES 2015 adalah:
- Mode “myClub.” Mode ni sebenarnya “copy paste” dari FIFA FUT. Gua mula-mula layan mode ni, gua gelak sebab almost nama player dalam team gua semua pelik-pelik. Dan actually, untuk membuat sebuah team yang hebat untuk myClub, kosnya adelah labih rendah dari FUT. Hal ini kerana, kebarangkalian untuk mendapatkan pemain yang power tu dalam myClub, adelah lebih tinggi daripada FUT. Honestly, tak keterlaluan untuk dikatakan, bagi yang sudah biasa dengan FUT, mode myClub dirasakan seperti one step backward. (Personal opinion).
- Owh ya. Bagi pasukan EPL, untuk edisi kali ini PES 2015 mempunyai lesen penuh dengan pasukan Manchester United. Berita baik untuk peminat the Red Devils.
Trivia: Perbandingan grafik PES 2015 vs FIFA 15 (terima kasih kepada softonic.com)
The final verdict : Keputusan akhir.
Jadi siapakah pemenang antara dua ni (dua game ni, bukan antara dua awek diatas) di next gen konsol? Berikut adalah markah kad laporan untuk both games dari website game review terkemuka, Gamespot, Trusted Review dan Metacritic.
Judul Game | Gamespot Scorecard | Trusted Review Scorecard | Metacritic Scorecard | |
FIFA 15 | 8.0/10 | 9.0/10 | 82/100 | |
PES 2015 | 8.0/10 | 8.0/10 | 82/100 | |
Pemenang | Seri | FIFA 15 | Seri |
Baik. Sebelum gua putuskan sape yang lebih baik, biar gua simpulkan dulu.
Bagi gamers yang minat EPL, kaki main game online sorang-sorang, korang tak kesah bayar duit semata-mata untuk main game, yang suka pada benda-benda official, grafik yang okay, sukakan full experience, pilihlah FIFA.
Bagi gamers yang minat BBVA, tak main online sangat, suka kawan-kawan datang main game kat rumah, yang tak kesah sangat bab nama team dan jersi, lebih focus pada gameplay dan teknikal,grafik cun, pilihlah PES.
Namun bagi gua, gua layan dua-dua. Dan honestly, untuk next gen console gua rasa FIFA 15 adalah lebih baik berbanding PES 2015. Reason dia mudah; FUT serta online features yang sangat menarik, selain lebih banyak game mode dari PES.
“When you think about next generation console, the experience on using it should feel different from playing the older generation. It’s time to change the way used to play on our console and bring it up to a whole new level – and honestly, FIFA 15 fit that description. Playing PES 2015 on next gen console (PS4) felt abit outpaced by FIFA.”
– ntah kenapa, gua kena berhujah dalam bahasa Inggeris. Rasa janggal nak tulis sebabnya dalam bahasa Melayu.
Setuju? Tak setuju? Pilihan masing-masing. Silakan komen reason anda dibawah.
Komen dengan berhemat ye. Gua nak sambung main GTA V ni.