Gambaran Jelas Yang Brendan Rodgers Bakal Menjadi Pengurus Man Utd

Brendan Rodgers telah meningkatkan spekulasi yang mengaitkan beliau bakal menggantikan Ole Gunnar Solskjaer untuk mengurus Manchester United.

Beliau telah mencipta sensasi baru di internet selepas berita beliau sedang mencari rumah untuk dirinya bersama keluarganya di Cheshire.

Berita tersebut menyebabkan para peminat semakin yakin yang Rodgers sememangnya bakal menggantikan tempat Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus United yang baharu.

Media UK, Mirror mendakwa yang Rodgers pada ketika ini sedang mencari rumah baru untuk beliau bersama keluarganya di Wilmslow dan Alderley Edge.

Kedua-dua lokasi tersebut terletak kira-kira 25 minit sahaja dari Old Trafford dan kebanyakan rumah di kawasan tersebut dimiliki oleh pemain, bekas pemain dan staff Manchester United.

Laporan sama turut menyatakan yang Rodgers merupakan pilihan utama United pada ketika ini, untuk dilantik bagi menggantikan pengurus sekarang, Solskjaer.

Pengurus yang mula mengendalikan Leicester City pada tahun 2019 itu juga dilaporkan sebenarnya sudah melakukan rundingan secara senyap bersama Manchester United, dan beliau juga sudah bersetuju untuk terima tawaran tersebut.

Melihat beliau kini sedang gigih mencari rumah, ia seolah-olah memberi gambaran yang Rodgers sebenarnya sudah semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan menyertai Manchester United.

Laporan sama sebenarnya turut menyatakan yang Man Utd sebenarnya sangat yakin mereka mampu membawa Rodgers dari King Power ke Old Trafford dalam masa terdekat ini.

Adakah Man Utd mampu memecat Solskjaer sebelum Krismas?

Solskjaer masih kekal sebagai pengurus United pada ketika ini, walaupun beliau gagal untuk membawa kelab dengan baik sepanjang musim ini.

The Red Devils ketika ini berada di kedudukan keenam dalam saingan Premier League, dengan mereka sembilan mata dibelakang pendahulu saingan liga, Chelsea.

Lebih teruk lagi, United turut berdepan dengan dua kekalahan berturut-turut di Old Trafford kepada dua seteru utama mereka, Liverpool dan Man City sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini.

Kekalahan 5-0 di tangan Liverpool pada bulan lalu, diikuti dengan kekalahan 2-0 di tangan Manchester City pada bulan ini, sudah cukup untuk para peminat hilang kepercayaan kepada pimpinan Ole Gunnar Solskjaer.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand pada awal minggu ini turut bercakap tentang hal tersebut di podcast miliknya dengan menyatakan:

“Saya sentiasa agak ragu-ragu adakah dia mampu membawa kita untuk menjadi Juara? Saya tidak begitu yakin. Saya tak pasti adakah dia mampu lakukan itu.”

“Tapi dengan persembahan dari skuad pilihan dia, kepada permulaan musim ini dan atas apa saya lihat musim ini, saya rasa ia sudah tiba masanya untuk dia menyerahkan baton kepada orang lain yang boleh bimbing kita sekarang.”

“Dan saya fikir Ole akan pergi sekarang dengan mendongak langit kerana dari awal dia datang dengan kita yang teruk dan dia bawa ke tahap ini pada musim ini, saya rasa ia satu hal yang positif.”

Berapa banyak dana yang Man Utd boleh beri kepada Rodgers pada Januari ini?

Walau bagaimanapun, laporan sama turut mendakwa yang Rodgers tidak akan diberikan dana tambahan untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan Januari ini, seandainya beliau dilantik menggantikan Solskjaer sebelum tahun baru.

Pimpinan kelab merasakan yang skuad sedia ada sudah cukup bagus untuk menaikkan United ke kedudukan lebih baik dalam carta saingan liga.

Membelanjakan duit bukan jalan keluar untuk membawa United kembali mencabar kejuaraan liga di bawah pimpinan pengurus baharu, begitulah apa yang mahu disampaikan oleh pimpinan kelab.

Solskjaer Sudah membelanjakan lebih dari £400 juta sepanjang tiga tahun beliau mengendalikan Manchester United, dengan beliau membawa masuk pemain seperti Jadon Sancho, Raphael Varane, Cristiano Ronaldo dan Van de Beek.

Namun kini satu hal yang dinanti-nantikan oleh para penyokong Manchester United adalah bila Ole Gunnar Solskjaer akan dipecat oleh pihak kelab.

Satu hal yang pasti, sumber terdekat Rodgers telah menyatakan yang mencari rumah berdekatan dengan Old Trafford merupakan keutamaan pengurus Leicester City itu pada ketika ini.

Maka dengan itu, ia seolah-olah memberi gambaran yang Brendan Rodgers ke Manchester United bakal ‘here we go’ tak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN