Gamba Osaka vs JDT: 5 Aspek Taktikal Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh JDT

Gamba Osaka vs JDT adalah perlawanan yang penting dalam kalendar peminat bola sepak Malaysia. Menang perlawanan ini bererti satu lagi visi progresif Tengku Mahkota Johor (TMJ) akan tercapai.

Tetapi tugas JDT dalam perlawanan ini bukannya mudah.

Pertama, JDT bakal menentang Gamba Osaka – antara pasukan J1 League paling konsisten – di halaman Gamba Osaka, Stadium Suita City. Suhu malam perlawanan diramalkan akan jatuh sehingga 0°C.

Kedua, kita perlu mengaku pemain Gamba Osaka jauh lebih bagus dari segi teknikal.

Jadi satu-satunya peluang JDT untuk menang dalam perlawanan ini adalah menang pertarungan taktikal, fizikal dan mental.

Memandangkan pemain Gamba Osaka masih belum mencapai tahap kecergasan 100% (kerana masih berada dalam latihan pra-musim), JDT mungkin ada peluang. Walaupun kecil.

Berikut merupakan 5 aspek taktikal yang perlu diberi perhatian oleh JDT dalam perlawanan esok.

1. Kompak di tengah ketika hilang penguasaan bola

Gamba Osaka biasanya bermain dalam formasi 4-2-3-1 yang kemudiannya menjadi 4-4-2 apabila mereka masuk ke kawasan final third pasukan lawan.

Kebiasaannya Gamba Osaka akan menggunakan trio Yosuke Ideguchi, Yasuyuki Konno dan Yasuhito Endo untuk mengawal jentera tengah.

Tetapi memandangkan JDT tidak akan melihat untuk menguasai bola, kami menjangkakan pasukan J1 League ini akan menyimpan Ideguchi yang lebih defensif kepada Ademilson yang lebih bermentaliti menyerang.

Di bahagian sayap, Shu Kurata dan Ritsu Doan yang akan menyerang kawasan half space untuk mencipta peluang berbanding berlari ke touchline seperti penyerang sayap tradisional.

Dalam erti kata lain, Gamba Osaka gemar menyerang zon 14 (contoh di gambar bawah) dan kawasan half space. Mereka sangat pakar bertukar-tukar hantaran di poket-poket ruang yang kecil untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Oleh itu, adalah penting bagi JDT untuk mengekalkan blok pertahanan yang kompak di tengah dalam perlawanan ini. Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal perlu sentiasa berada di hadapan Marcos Antonio dan Fadhli Shas untuk menutup zon 14 yang boleh dieksploit oleh pemain Gamba Osaka.

Strategi ini akan memaksa bekas juara AFC Champions League 2008 ini untuk menyerang dari kawasan sayap. Sekaligus memaksa Nagasawa bertarung di udara dengan Fadhli Shas dan Marcos Antonio.

2. Brian Ferreira perlu diberi tugas penyerang utama

Gambar oleh Rizanizam/asiana.my

Memandangkan Jeronimo Barrales tak dapat diturunkan, JDT perlu mencari pengganti penyerang yang boleh melakukan link-up play yang baik dengan jentera tengah mereka.

Memandangkan Hazwan Bakri tidak boleh melakukan tugas link-up play dengan baik ketika menentang Kedah (Piala Sumbangsih 2017), kami melihat hanya Brian Ferreira yang boleh memikul tugas ini.

Tenang menerima bola selain lincah menggelecek, Ferreira adalah calon tepat untuk dijadikan outlet utama bagi pemain JDT yang akan melancarkan serangan balas pantas.

3. Shun Nagasawa perlu dikawal secara man-marking pada setiap masa

Gambar oleh Etsuo Hara/Getty Images

Aspek ini perlu diberikan perhatian 100% oleh Fadhli Shas dan Marcos Antonio.

Kami sangat meragui unit tengah JDT mampu mengekalkan intensiti pressing kepada jentera tengah Gamba Osaka kerana situasi 4v3 dan 4v2 di tengah yang memihak pasukan Jepun akan sentiasa berlaku dalam perlawanan ini.

Oleh itu, adalah penting bagi Fadhli dan Marcos untuk sentiasa mencabar Nagasawa yang berketinggian 192cm ketika Endo, Konno, Doan atau Kurata melancarkan hantaran-hantaran ke depan.

4. Berjaga-jaga dengan helah sepakan sudut Gamba Osaka

Apa yang anda akan lakukan dalam situasi set-pieces jika anda mempunyai pemain yang kurang bagus bertarung secara fizikal tetapi bijak mencari ruang?

Anda akan mempelbagaikan cara-cara anda mengambil set-pieces, bukan?

Inilah yang dilakukan dengan bijak sekali oleh Gamba Osaka. Pada musim lepas, mereka banyak kali melakukan helah-helah sepakan sudut seperti dalam video bawah ini untuk menjaringkan gol.

Dari segi fizikal, kami berpendapat pemain JDT boleh sahaja bersaing dengan pemain Gamba Osaka. Tetapi dari segi kebijaksanaan larian tanpa bola, pemain Gamba Osaka jauh lebih bagus.

Oleh itu, JDT perlu berhati-hati dengan helah-helah set-pieces dari playbook Gamba Osaka.

5. Bersabar ketika mempunyai bola

Satu perkara yang pasti dalam perlawanan esok adalah Gamba Osaka pasti akan lebih banyak menguasai bola berbanding JDT. Tak mengapa.

Tetapi apabila berjaya merampas penguasaan bola dan mahu melancarkan serangan balas, pemain JDT perlu mengelak daripada membuat keputusan terburu-buru. Elakkan daripada membuat terlalu banyak hantaran direct.

Sebaliknya JDT peru menggunakan hantaran pendek dan larian direct Azamuddin Akil (gambar bawah), Gonzalo Cabrera dan Brian Ferreira untuk naik menyerang.

Gambar oleh Rizanizam/asiana.my

Ketiga-tiga pemain ini pula perlu bijak mengajak pemain Gamba Osaka membuat kesalahan (fouls) terhadap mereka untuk:

  • memanfaatkan kelebihan JDT dalam set-pieces
  • menganggu tempo permainan Gamba Osaka
  • memenangi pertarungan mental

Rumusan

Perlawanan ini bakal menjadi perlawanan sukar buat JDT. Ia perkara pasti. Tetapi tiada sebab untuk kita meletakkan kepercayaan kepada pemain-pemain JDT untuk melakar kejutan. Dan seterusnya layak ke AFC Champions League 2017.

Asalkan 5 aspek taktikal ini dibuat oleh JDT, kami yakin mereka mampu menyukarkan kerja Gamba Osaka di halaman mereka sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN