Awal perpindahan Cody Gakpo ke Liverpool nampaknya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
Selepas ‘tengelam’ dalam debut ketika seri 2-2 menentang Wolverhampton Wanderers dalam saingan Piala FA tempoh hari, pemain berusia 23 tersebut terus ‘kelemasan’ apabila Liverpool dibelasah Brighton 3-0.
Ia bukanlah keputusan yang diharapkan Gakpo setelah diturunkan dalam kesebelasan utama dan merupakan penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Malah statistik Gakpo sepanjang keberadaannya di atas padang cukup buruk dan mengecewakan untuk posisi seorang penyerang.
🇳🇱🔴CODY GAKPO 🆚 BRIGHTON:
▪️0 goals
▪️0 assists
▪️0 shots on target
▪️0 key passes
▪️0 chances created
▪️0 accurate crosses
▪️0 accurate long balls
▪️9 times dispossessed
Fantastic PL debut 👏 #LFC #PL pic.twitter.com/55KbmlM5em— Jack Lovell 𝕏 (@afcjackvids) January 14, 2023
Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Liverpool pasca kejohanan Piala Dunia 2022 yang menjadi pentas Gakpo menyerlahkan bakat luar biasanya bersama skuad kebangsaan Belanda sehingga menarik minat kelab-kelab ternama Eropah untuk mendapatkannya.
Pembelian Gakpo dari PSV Eindhoven adalah untuk menambah ketajaman barisan serangan Liverpool selain untuk mengembalikan prestasi Mohamed Salah sejak ketiadaan Sadio Mane.
Liverpool turut terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu berikutan prestasi tidak konsisten Darwin Nunez yang dibeli dari Benfica dengan harga setinggi £85 juta (RM450 juta).
Darwin Núñez in training with new Liverpool teammate Cody Gakpo.
🇺🇾🇳🇱 pic.twitter.com/sc2bady3TS
— Warriors of Uruguay (@UruguayanHeroes) January 5, 2023
Hajat pengurusan dan peminat Liverpool untuk melihat pasukan kembali pulih nampaknya belum kesampaian. Ketibaan penyerang baharu itu masih belum mampu menjelmakan kemenangan buat Jurgen Klopp.
Mungkin juga Gakpo perlu diberi masa untuk beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan ‘iklim’ EPL yang jauh lebih kompetitif berbanding Eredivisie di Belanda. Ternyata tahap bola sepak di England tidak boleh diambil mudah.
Untuk penampilan seterusnya berdepan Wolves untuk perlawanan ulangan Piala FA, tugasan berat menanti Klopp untuk menilai di manakah posisi paling tepat dan apakah taktikal yang akan digunakan untuk memperoleh aksi terbaik daripada pemain baharunya itu.
Atau Gakpo bakal berisiko untuk menjadi satu lagi ‘projek’ pembaziran buat Liverpool.