Gaji Tidak Dibayar Punca Ken Ilso Keluar Daripada Skuad Harimau Kumbang

Pemain bola sepak mana yang mampu bertahan jika mereka tidak dibayar gaji selama beberapa bulan selepas memberikan khidmat terbaik kepada pasukannya.

Hal in terjadi kepada bekas penyerang import Pulau Pinang, Ken Ilso yang mengumumkan angkat kaki daripada terus menyarung jersi skuad Harimau Kumbang yang akan menghadapi pusingan kedua saingan Liga Perdana.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pengurusan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dikatakan gagal membayar gaji Ken Ilso selama tiga bulan sejak Februari lalu.

Bekas pemain Kedah itu masih menantikan tindakan FAP untuk melunaskan tunggakan gajinya dan kemungkinan beliau akan membawa kes ini ke FIFA.

“FAP gagal membayar gaji saya selama tiga bulan bermula Februari, Mac dan April lalu. Jadi selepas tiga bulan, berdasarkan undang-undang, saya boleh menamatkan kontrak berkenaan.

“Sebelum itu saya sudah memberi dua surat peringatan kepada FAP mengenai tunggakan gaji itu dan selepas permintaan saya itu tidak diendahkan maka baru saya buat keputusan untuk keluar daripada pasukan,” katanya.

Ken Ilso menandatangani kontrak dengan Penang bulan Januari lepas.

Walaubagaimanapun, Ilso ketika ini masih berada di Malaysia mencari pasukan baharu sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup sepenuhnya.

“Saya masih lagi berada di Kuala Lumpur dan sedang mencari peluang untuk beraksi dengan pasukan lain sebelum tempoh perpindahan pemain kedua ditutup. Jika tiada mungkin saya akan cari peluang di negara lain.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN