Senarai Gaji Mingguan Pemain Skuad Utama Barcelona Buat Masa Ini

Ramai pembaca kami bertanya berapakah pula gaji mingguan para pemain Barcelona selepas kami menulis artikel tentang gaji pemain Real Madrid.

Barcelona kekal menjadi satu-satunya kelab di liga utama Eropah yang memenangi sextuple pada 2009.

Hari ini The Blaugrana menjadi kelab dunia dengan pendapatan tertinggi iaitu sekitar €620.2 juta setahun. Hanya Manchester United yang menjana pendapatan lebih tinggi buat masa ini dengan €689 juta setahun.

Kelab ini juga menjadi kelab ke-3 paling bernilai di dunia dengan nilai bersih €2.8 billion pada pasaran semasa.

Dengan pertambahan gaji yang tinggi beberapa bintang, kelab Catalan ini telah menjadi kelab yang menanggung bil gaji pemain tertinggi di dunia berdasarkan laporan UEFA.

Suarez bakal mendapat kenaikan kepada £230,000 seminggu. Manakala Neymar pula bakal mendapat £290,000 seminggu. Messi dijangka akan mendapat £365,000 seminggu.

Ini adalah senarai pemain Barcelona dan gaji mereka setahun. Pemain seperti Samuel Umititi mungkin dalam senarai underpaid. Sergi Roberto pula membuktikan beliau lebih berhak mendapat gaji Alcacer, Turan ataupun Mathieu.

Kami susun yang berpendapatan paling tinggi kepada yang terendah.

A. Atas £300,000 seminggu

1. Lionel Messi – £335,000 seminggu

B. Atas £250,000 seminggu

2. Neymar – £275,000 seminggu

C. Atas £200,000 seminggu

3. Luis Suarez – £230,000 seminggu

C. Atas £150,000 seminggu

4. Andres Iniesta – £165,000 seminggu

D. Atas £100,000 seminggu

5. Sergio Busquets – £140,000 seminggu

6. Gerard Pique – £130,000 seminggu

7. Javier Mascherano – £130,000 seminggu

E. Kurang £100,000 seminggu

8. Jordi Alba – £90,000 seminggu

9. Jeremy Mathieu – £90,000 seminggu

10. Paco Alcacer – £90,000 seminggu

11. Arda Turan – £85,000 seminggu

12. Andre Gomes – £80,000 seminggu

13. Ivan Rakitic – £75,000 seminggu

14. Aleix Vidal – £60,000 seminggu

15. Marc-Andre ter Stegen – £60,000 seminggu

16. Lucas Digne – £55,500 seminggu

17. Jasper Cillessen – £55,000 seminggu

F. Kurang £50,000 seminggu

18. Samuel Umtiti – £40,000 seminggu

19. Denis Suarez – £40,000 seminggu

20. Rafinha – £37,500 seminggu

G. Kurang £30,000 seminggu

21. Sergi Roberto – £20,000 seminggu

22. Jordi Masip – £15,500 seminggu

Baca juga: Senarai Gaji Pemain Skuad Utama Real Madrid Dalam Seminggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN