Peningkatan Gaji Prospek Muda, Donnarumma Perolehi Dua Kali Ganda Pendapatan Messi

Gianluigi Donnarumma adalah antara prospek bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan oleh benua eropah.

Tidak hairanlah isu kontrak di AC Milan dan kemungkinan untuk berpindah ke kelab gergasi eropah yang lain sering menjadi topik hangat media akhir-akhir ini.

(Photo by Federica Roselli/NurPhoto via Getty Images)

Ke mana pun destinasi Donnarumma untuk musim 2017-2018, penjaga gol muda ini pasti akan menerima jumlah bayaran yang lumayan.

Laporan di Italy menyatakan Donnarumma akan kekal bersama AC Milan.

Kelab Rossoneri diambil alih oleh jutawan dan usahawan China melalui sebuah konsortium dikenali sebagai Rossoneri Sport Investment Lux pada hujung musim lalu.

Ini membenarkan AC Milan untuk menawarkan pendapatan menceceah €6 juta setahun untuk mengekalkan Donnarumma di Stadio Giuseppe Meazza pada musim hadapan.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Angka tersebut adalah jumlah pendapatan tertinggi yang pernah diperolehi oleh mana-mana pemain bola sepak pada usia 18 tahun.

Sejak lebih sedekad yang lalu, kita telah menyaksikan pemain-pemain bola sepak profesional dibayar dengan gaji yang mahal.

Tidak dapat dinafikan, pasaran gaji pemain sememangnya sebegitu untuk memastikan kelab mampu bersaing di pentas tertinggi dengan barisan pemain terbaik.

(Photo by Miguel Ruiz/FC Barcelona via Getty Images)

Namun kontrak yang ditawarkan oleh AC Milan kepada Donnarumma akan memecahkan rekod pendapatan pemain profesional di eropah- dan jumlah itu sudah jauh lebih tinggi daripada apa yang Lionel Messi perolehi pada usia yang sama!

Lionel Messi mulai beraksi untuk skuad utama Barcelona pada usia 17 tahun. Bagaimanapun, pembaharuan kontrak hanya dilakukan pada musim berikutnya.

Pada masa itu, Barcelona dilaporkan membayar sejumlah  €3 juta setahun untuk memastikan Messi kekal di Catalunia- separuh daripada apa yang akan diperolehi oleh Donnarumma pada musim hadapan.

Satu lagi bintang La Liga, Cristiano Ronaldo pula dilaporkan mengikat kontrak dengan pendapatan €2 juta setahun ketika menyertai Manchester United pada usia 18 tahun.

Manakala bekas rakan sepasukan Ronaldo di Old Trafford, Wayne Rooney menerima pendapatan berjumlah  €1.7 juta setahun pada usia yang sama.

Neymar adalah satu lagi bintang yang menyinar pada usia muda. Bekas penyerang Santos ini dibayar sejumlah €1.5 juta ketika memilih untuk berhijrah ke Barcelona.

Bola sepak pada hari ini semakin ditaburi dengan kuasa kewangan daripada tempoh sebelumnya. Perbandingan di atas membuktikan hal ini, apabila perbezaan ketara pendapatan pemain muda pada usia yang sama jauh lebih tinggi daripada apa kita dapat bayangkan dulu.

Untuk rekod, Zlatan Ibrahimovic (gambar bawah) hanya menerima gaji sebanyak €1,500 sebulan pada usia 18 tahun di Malmo.

Manakala Frank Ribery hanya bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan pada usia 16 tahun sebelum menyertai US Boulogne pada usia 17 dengan gaji €80 sebulan.

Berapakah pendapatan yang akan diperolehi oleh pemain muda berprospek tinggi seperti Donnarumma pada masa hadapan?

Bolehkah kita bayangkan?

Sumber:

1. Sergio Garcia, Marca (2017): Donnarumma to earn twice as much as Messi did at 18;
http://www.marca.com/en/football/international-football/2017/07/05/595d4106ca4741cd328b45cf.html

2. Toby Gannon, The Sun (2017): NO DON DEAL YET Gianluigi Donnarumma WILL meet with AC Milan for contract talks after social media disaster, confirms Mino Raiola;
https://www.thesun.co.uk/sport/football/3883517/gianluigi-donnarumma-ac-milan-contract-talks-social-media-mino-raiola/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN