Berapa Banyak Gaji Yang Perlu Dibayar Kelab Premier League Untuk Pemain Yang Tercedera?

Kecederaan merupakan satu perkara biasa dalam bola sepak.

Walaupun pemain itu cedera, pasukan yang diwakilinya tetap perlu menjaga kebajikan pemain tersebut sehinggalah pemain itu tamat kontrak bersama kelabnya.

Dalam erti kata lain, gaji masih lagi dibayar sekiranya pemain itu cedera.

Tetapi, berapakah gaji yang dikeluarkan oleh kelab-kelab di Premier League untuk pemain mereka yang tercedera?

Sebuah kajian yang dijalankan oleh JLT Specialist telah mendedahkan jumlah gaji keseluruhan yang perlu dibayar oleh 20 kelab Premier League terhadap pemain mereka yang cedera.

Ia dikira menerusi jumlah gaji pemain yang cedera itu dengan berapa kalikah kecederaan berlaku terhadap kelab tersebut.

Penguasaan duopoli

Hasil daripada kajian ini, penguasan 2 kelab Manchester telah berjaya menguasai carta ini.

Manchester City merupakan kelab yang paling banyak membayar gaji kepada pemain mereka yang tercedera pada musim lalu.

Untuk rekod, mereka membayar sejumlah £18.3 juta kepada pemain-pemain mereka seperti Vincent Kompany, Sergio Aguero dan juga Leroy Sane.

Sergio Aguero antara pemain yang mengalami kecederaan musim lalu.

Mereka mencatakan 30 kecederaan sepanjang musim lalu.

Tempat kedua diduduki oleh Manchester United dengan £18 juta dengan terdapat 51 kali kecederaan berlaku kepada skuad Jose Mourinho.

Arsenal ditangga ke-3 dengan mengeluarkan sebanyak £16 juta untuk membayar gaji pemain mereka yang cedera dengan mereka juga memperoleh 51 rekod kecederaan musim lalu.

Catatan ini adalah ketara memihak kelab-kelab utama Premier League kerana mereka lazimnya membayar gaji yang banyak kepada para pemain mereka.

Kelab paling malang di Premier League musim lalu iaitu Sunderland mencatatkan kes kecederaan paling tinggi musim lalu iaitu sebanyak 58 kali kecederaan menimpa mereka.

Namun begitu, mereka cuma membayar £12 juta sahaja untuk kepada para pemain mereka yang cedera.

West Brom, Burnley terendah

Dalam kajian ini juga menyaksikan West Bromwich Albion dan Burnley antara kelab yang paling sedikit mengeluarkan wang untuk para pemain mereka yang cedera.

Kelab kendalian Tony Pulis hanya mengeluarkan £1.83 juta sahaja dengan mereka mencatatkan kes kecederaan yang terendah di Premier League sebanyak 15 kecederaan sahaja.

Burnley pula hanya mengeluarkan £1.91 juta sahaja dengan rekod kecederaan sebanyak 19 pada musim lalu.

Berikut adalah senarai penuh berapa yang perlu dibayar oleh 20 kelab Premier League kepada pemain mereka dengan bilangan rekod kecederaan yang menimpa mereka musim lalu:

  1. Manchester City – £18.3 juta (30 kecederaan)
  2. Manchester United – £18 juta (51 kecederaan)
  3. Arsenal – £16.2 juta (51 kecederaan)
  4. West Ham United – £14 juta (50 kecederaan)
  5. Liverpool – £14 juta (47 kecederaan)
  6. Crystal Palace – £12 juta (46 kecederaan)
  7. Sunderland – £12 juta (58 kecederaan)
  8. Everton – £9 juta (29 kecederaan)
  9. Southampton – £9 juta (34 kecederaan)
  10. Tottenham Hotspur – £9 juta (32 kecederaan)
  11. Hull City – £8 juta (35 kecederaan)
  12. Watford – £7 juta (39 kecederaan)
  13. Chelsea – £7 juta (21 kecederaan)
  14. Leicester City – £5.4 juta (31 kecederaan)
  15. Stoke City – £4.7 juta (26 kecederaan)
  16. Swansea City – £4.6 juta (31 kecederaan)
  17. Bournemouth – £3.3 juta (37 kecederaan)
  18. Middlesbrough – £3.2 juta (32 kecederaan)
  19. Burnley – £1.91 juta (19 kecederaan)
  20. West Bromwich Albion – £1.83 (15 kecederaan)

Sumber: 

  1. Telegraph (2017): Revealed: The true cost of injuries to Premier League clubs – Man City paid £18.3 million to crocked players; http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/23/revealed-true-cost-injuries-premier-league-clubs-man-city-paid/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN