Quantcast
Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?


BERITA

Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

Monday, 23 Jan 2017

Gaji Pogba dan Zlatan Ibrahimovic berhadapan dengan klausa yang membuatkan ia akan dikurangkan kepada 25% pada musim hadapan sekiranya Manchester United gagal layak ke UCL.

Ini bermakna Pogba dan Zlatan Ibrahimovic masing-masing akan kehilangan £72,500 dan £55,000 seminggu.

Bukan Pogba dan Zlatan sahaja




Laporan sebelum ini mendakwa hanya gaji Pogba dan Zlatan terancam jika gagal layak ke UCL. Ini kerana Adidas ada memberikan dana tambahan dalam membayar gaji mereka.

Adidas dilaporkan menjadi salah satu sebab yang membawa Zlatan dan Pogba ke United atas dasar pemasaran besar-besaran.

Pada masa yang sama Adidas dilaporkan ada memasukkan klausa pemotongan tajaan jika United gagal ke UCL

Namun ia dinafikan dan tidak berasas. Sebaliknya, klausa pemotongan gaji jika gagal ke UCL itu melibatkan semua pemain.

Adidas memang akan memotong 30% tajaan untuk musim yang Manchester United gagal ke UCL. Ia bernilai sekitar £22 juta. Mungkin ini antara sebab klausa ini diaktifkan dan tertakluk kepada semua pemain.

Manchester United dikatakan sudah memasukkan klausa khas kepada semua pemain yang menandatangani kontrak pada sejak era Louis Van Gaal lagi. Gaji itu mereka akan dapat balik sekiranya layak ke UCL.

Jadi, antara pemain yang sudah merasai pemotongan gaji skala besar ini ialah Wayne Rooney.

Mereka memasukkan klausa ini kerana Manchester United menanggung kos yang terlalu tinggi sejak beberapa musim ini apabila gagal ke UCL.

Polisi ini berbeza dengan pendekatan yang kerap diambil kelab lai. Di mana mereka biasanya tidak memotong gaji sekiranya gagal layak ke UCL. Sebaliknya mereka ada klausa tambahan gaji jika layak ke UCL.

Klausa pemotongan gaji oleh Manchester United ini kelihatan klausa bijak oleh kelab. Lihat sahaj kesungguhan pemain-pemain mereka, terutama yang bergaji besar ketika di atas padang.

United sangat hampir dengan tempat ke-4 iaitu slot ke UCL musim hadapan. Jadi, semua pemain pastinya sedang berjuang agar tidak tewas kepada klausa tersebut.

Pada minggu lalu mereka diumumkan kelab yang berpandapatan paling besar dengan keuntungan sebanyak £515.3 juta. Namun 2 minggu sebelum itu mereka dilaporkan kelab yang paling tinggi beban hutang.

Ini kerana sikap pemilik mereka yang tidak ambil kisah untuk melangsaikan hutang kelab. Ianya membawa kepada protes daripada penyokong mereka.

Baca juga:5 Sebab Wanita Kurang Minat Menonton Bola Sepak

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?



Berita Bola Yang Menarik