Gaji Kecil Punca Pemain Tempatan Ambil Rasuah?

Isu rasuah yang melibatkan pemain tempatan sudah mula menjadi topik perbincangan hebat dalam kalangan pemerhati dan pengkritik bolasepak tempatan.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan dua pemain Sarawak yang beraksi di saingan 100Plus Liga Premier telah dicekup oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan.

Laporan yang turut dikongsi oleh beberapa portal online di negeri tersebut turut menjelaskan dua pemain itu adalah pemain tempatan, dan telah beraksi bersama skuad utama sejak beberapa musim.

Turut ditahan oleh pihak SPRM adalah seorang lagi individu yang tidak dikenali, dipercayai orang tengah yang berperanan sebagai ‘bookie’.

Tiga individu yang disyaki terlibat, termasuk dua pemain skuad Liga Premier Sarawak.

Laporan akhbar tempatan, Utusan Malaysia menyebut jurang gaji pemain yang terlalu besar dalam sesebuah pasukan dikhuatiri antara punca yang mendorong sesete­ngah pemain bergaji kecil untuk menerima tawaran bookie me­ngatur perlawanan.

Mengulas mengenai isu tersebut, setiausaha kelab penyokong bola sepak Perak, Kelab Seladang, Ahmad Razmi Kamaruddin berkata, kadar gaji yang berbeza di antara pemain dalam sesebuah pasukan mungkin menyebabkan pemain itu terpaksa memperjudikan pasukannya.

“Perkara ini (rasuah) mungkin berlaku disebabkan kadar gaji antara pemain dalam sesebuah pasukan. Ada pasukan mempunyai jurang gaji yang terlalu jauh antara pemain mereka.

“Bagaimanapun, pemain sepatutnya fokus kepada kemenangan dan bukan memperjudikan pasukan.

“Pihak pengurusan juga perlu lebih menerapkan nilai ukhwah antara pemain agar isu ini tidak berlaku lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor. Mohammed Haniff Manzoor turut berkata kes mengatur perlawanan tidak sepatutnya berlaku kerana pemain sekarang menerima gaji agak lumayan.

“Sepatutnya, perkara sebegini tidak berlaku memandang­kan pemain bola sepak di Malaysia meraih gaji agak lumayan.

“Isu ini memalukan bola sepak negara dan penyokong pula menganggap mentaliti pemain masih di takuk lama iaitu mengambil rasuah untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Menurut laporan akhbar dari utusan, peminat bola sepak tempatan memang mengesyaki aktiviti mengatur perlawanan masih aktif kerana sering dihidang de­ngan keputusan-keputusan perlawanan yang pelik.

“Kami tidak terkejut. Kami memang sudah syak perkara ini masih aktif, namun tidak ada bukti untuk me­nuduh mana-mana pemain atau pasukan.

“Saya puji FAS (Persatuan Bola Sepak Sarawak) kerana pantas mengenal pasti dan tanpa berselindung melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini tindakan terpuji berban­ding sebilangan pasukan yang hanya melakukan siasatan secara se­nyap dan akhirnya kes hilang begitu sahaja,” kata Timbalan Pre­siden kelab penyokong bola sepak Negeri Sembilan, N9Futbol.com, Mohd Faizul Noh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN