Nilai gaji keseluruhan yang perlu ditanggung oleh Barcelona akan terus meningkat selepas memperbaharui kontrak beberapa pemain.
Pihak pengurusan tertinggi gergasi Catalan itu berpendapat pendapatan pemain akan terus meningkat sekiranya tiada siling dikenakan seperti mana yang diamalkan oleh NBA.
Kekuatan kewangan milik kelab seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain juga dikatakan sebagai punca utama gaji pemain akan terus meningkat di masa hadapan.
Barcelona telah memperbaharui kontrak empat pemain, dan dua lagi pemain akan turut memperolehi nilai gaji baharu selepas perbincangan.
Terbaru melibatkan pemain tengah, Ivan Rakitic yang baru sedang duduk berbincang dengan pengurusan kelab, walaupun perkara sama kira-kira 17 bulan yang lalu.
Namun setelah terdapat ura-ura PSG mahukan pemain tersebut, Barcelona tiada pilihan melainkan menawarkan kontrak baru beserta klausa pelepasan bernilai €125 juta.
Tatkala perbincangan dengan Rakitic masih berlangsung, Barcelona juga tiada pilihan melainkan menaikkan gaji Sergio Busquet.
Busquet dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik di La Liga turut mempunyai klausa pelepasan bernilai €200 juta.
Gerard Pique, Sergi Roberto dan Samuel Umtiti pula telah memperbaharui kontrak masing-masing bersama juara bertahan La Liga itu, dan telah diumumkan kepada umum melalui sidang media oleh kelab tersebut.
Bagaimanapun, Lionel Messi kekal sebagai penerima gaji tertinggi di La Liga dengan kontrak sehingga 2021 di Barcelona.
Kapten pasukan itu juga mempunyai klausa perpindahan bernilai €700 juta untuk memastikan beliau kekal di Nou Camp sepanjang karier di peringkat kelab.
Barcelona turut dilaporkan akan memperbaharui kontrak Jordi Alba dalam masa terdekat.