Gajah Sama Gajah Berjuang, Pelanduk Mati Di Tengah-Tengah

Tewas 3-2 kepada Brighton & Hove Albion, diikuti kekalahan memalukan 3-0 kepada Tottenham Hotspur pada malam tadi menajdikan nasib dan masa depan Jose Mourinho mulai menjadi perbualan.

Namun bagi Gary Neville yang merupakan bekas bek kanan juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu, memecat Jose Mourinho tatkala musim sudah pun bermula adalah satu kesilapan besar jika dilakukan.

Bercanggah amalan Manchester United

Bercakap kepada Monday Night Football terbitan Sky Sport, Neville dipetik sebagai berkata pemecatan Mourinho bercanggah dengan nilai yang diamalkan oleh kelab tersebut selama ini.

“Kita sudah melihat bagaimana Louis Van Gaal dipecat selepas kejayaan merangkul Piala FA. Sebelum itu ialah David Moyes, ketika baki saingan tinggal empat perlawanan.

“Jika ianya dilakukan, maka kelab bola sepak ini terbukti sudah lari dari amalan lama berdasarkan kaedah yang telah lama digunapakai.

“Saya akui zaman sekarang sudah berubah dan turut menerima pasukan ini mengalami masalah menharungi cabaran.

Setelah Woodward memberikan kontrak baharu kepada Mourinho pada musim lalu, Neville berkata Mourinho seharusnya diberikan peluang untuk menamatkan kontrak tersebut.

“Anda tidak boleh menukar pengurus sesuka hati. Saya mendengar mengenai simptom musim ketiga itu, dan kita tidak boleh menafikan perkara tersebut kerana ianya pernah berlaku.

“Tetapi apa yang saya cuba sampaikan ialah supaya Manchester United mengambil masa untuk bertenang sambil Jose Mourinho dan Ed Woodward harus duduk semeja mencari penyelesaian bersama sekiranya benar wujud sebarang permasalahan.

Bukan pentas politik

Neville juga dipetik sebagai berkata kedua-dua individu, Mourinho dan Ed Woodward tidak wajar menjadikan kelab sebagai pentas politik untuk mencari pengaruh.

Malah jika benar ada perseteruan membabitkan kedua-dua individu, ia diibaratkan seperti ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’.

“Jalankan tugas masing-masing dengan memastikan pasukan ini mampu meneruskan persaingan dan lupakan sebarang permasalahan individu, kerana kelab ini jauh lebih besar dari mana-mana individu di dalamnya. Selesaikan sekarang dan jangan buang masa menuding jari dan bermain politik,” jelas Neville.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Keadaan di antara kedua-dua individu seolah-olah sedang mengejar pengaruh pemilik kelab dan penyokong dengan menuding jari antara satu sama lain.

Man Utd bukan Chelsea

Walaupun Chelsea pernah dua kali bertindak memecat Mourinho, Neville juga menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan langkah kelab London itu diikuti oleh Manchester United.

“Mourinho menamatkan kontrak beliau di Inter Milan. Begitu juga ketika beliau di Porto dan kemudiannya Real Madrid.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Ianya hanya di Chelsea, di mana kelab itu bertindak gila dan perkara sebegini berlaku. Di Inter Milan, Porto, Real Madrid, Mourinho menamatkan kontrak beliau. Jadi janganlah kita mengulangi sejarah yang Chelsea lakukan.”

“Di Chelsea, segalanya menemui jalan mati lebih awal. Itulah yang berlaku di sana. Ia adalah sukar buat Mourinho di Real Madrid, tetapi beliau menamatkan kontrak beliau di sana.

“Saya tidak dapat membayangkan Mourinho meninggalkan old Trafford ketika musim sedang berlangsung.”

(Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

“Manchester United bukan Chelsea dan saya harus mengatakan Manchester United masih perlu menyelesaikan perkara sebegini mengikut cara mereka tersendiri,” jelas Neville lagi.

Falsafah memakan diri?

Jose Mourinho terus menerima kecaman selepas kekalahan terbaru ini, walaupun Manchester United cuba bermain dengan corak permainan menyerang selepas dikatakan terlampau gemar untuk bertahan.

Namun ia masih tidak cukup untuk mengekang Tottenham Hotspur dari pulang dengan membawa tiga mata. Skuad kendalian Mourinho sebenarnya memerlukan lebih dari satu kemenangan untuk kembali pulih bersaing.

Segalanya permasalahan sebenarnya bermula pada musim lalu, apabila pengurus ini gemar akan taktikal bertahan yang membawa impak negatif seperti kekalahan kepada Sevilla.

O (Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Kecenderungan pengendali dari Portugal ini untuk mengkritik pemain secara terbuka turut dikatakan mengganggu keharmonian di dalam pasukan.

Ketiadaan pemain baru pada jendela perpindahan yang lalu juga tidak wajar terus dijadikan alasan oleh Mourinho akan prestasi semasa anak buahnya.

 

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Jika pemain pertahanan berkualiti yang dimaksudkan, Mourinho telah diberi peluang untuk membawa masuk Eric Bailly dan Victor Lindeloff sebelum ini.

Mengapa perlu membeli kedua-dua pemain jika mereka bukan pemain berkualiti? Harus diingat, Tottenham juga tidak membelanjakan satu sen untuk pemain baru pada jendela perpidahan lalu.

Penutup

Walaupun perubahan taktikal yang dibawa di dalam perlawanan menentang Tottenham pagi tadi dihargai oleh segelintir penyokong, majoriti daripada mereka jelas sudah bosan dengan apa yang berlaku apabila kelihatan banyak kerusi kosong menuju ke babak akhir perlawanan di Old Trafford.

Adakah Mourinho akan kekal di Old Trafford? Atau wajarkah beliau dikekalkan? Mampukah Mourinho kembali menyatukan Manchester United?

Atau mungkin tiba masanya untuk semua pihak di Old Trafford kembali bersatu, terutamanya Ed Woodward dan juga Jose Mourinho.

Jangan jadi seperti peribahasa melayu:¬†‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’.

 

 

Leave a Reply