Gaizka Mendieta Akui Real Madrid Lebih Kuat Berbanding Barcelona Musim Ini

Gaizka Mendieta

Bekas pemain Barcelona musim 2002-03, Gaizka Mendieta mengakui penjualan Neymar ke Paris Saint-Germain membuatkan Barcelona semakin ketinggalan untuk mengejar Real Madrid dalam perebutan mahkota La Liga musim ini.

Neymar menyertai Paris Saint-Germain bulan lalu dalam rekod dunia € 222 juta (£ 200 juta).

Ketika Barcelona membawa masuk Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund sebagai pengganti Neymar, Mendieta merasakan bahawa bekas pasukannya itu akan bergelut bagi merampas semula gelaran La Liga dari seteru utama, Real Madrid.

Walaupun dengan kedatangan Dembele, Mendieta merasakan kempen semasa akan menjadi cabaran sukar bagi skuad Blaugrana memandangkan mereka telah kehilangan Neymar dan mengatakan skuad mereka tidak mempunyai kekuatan yang sama seperti Madrid bagi memberikan saingan kepada seterunya itu.

“Ini merupakan satu kehilangan besar untuk kelab ini (Barcelona), kerana kita tahu apa yang Neymar boleh lakukan buat pasukan dengan kemahiran dan bakat  tinggi yang dimiliki beliau,” kata Gaizka Mendieta kepada wartawan selepas aksi perlawanan amal diantara lagenda Manchester United dan lagenda Barcelona di Old Trafford, Sabtu lalu..

“Sukar untuk menggantikan Neymar. Walaupun terdapat pemain lain yang menggantikannya, ia tetap akan menjadi sukar.

Kehilangan Neymar sukar diterima peminat Barcelona. Kredit foto: AFP PHOTO / Lionel BONAVENTURELIONEL BONAVENTURE/AFP/Getty Images

”Barca adalah Barca, mereka akan tetap merebut kejuaraan dan tahun ini juga ceritanya tetap sama apatah lagi Real Madrid kini berada di puncak prestasi mereka.”

“Ia seolah-olah mereka (Real Madrid) mempunyai pasukan yang lebih berkualiti, skuad yang lebih kuat daripada Barca, tetapi anda mesti berusaha untuk membuatkan tugas mereka sukar dan cuba memenangi sebanyak mungkin trofi.”

Ramai penyokong Barcelona ternyata begitu kecewa dengan situasi terkini di kelab itu, terutamanya berkaitan dengan tindakan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu yang dikritik hebat akibat melepaskan Neymar ke PSG.

 

Sumber :

Goal (2017)http://www.goal.com/en/news/barcelona-will-struggle-without-neymar-mendieta/6newko2m9vwzbf15f4drts0

Sport360 (2017) – http://sport360.com/article/football/la-liga/247058/real-madrid-squad-stronger-than-barcelonas-says-gaizka-mendieta/

Squawka (2017) – http://www.squawka.com/news/real-madrid-stronger-than-neymar-less-barcelona-gaizka-mendieta/987421#jg7QMlQ0QB4iYZkD.97

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN