Gagal Selamatkan Derby County, Rooney Pilih Untuk Setia Bangunkan Kelab

Wayne Rooney

Kegagalan Wayne Rooney untuk membela nasib Derby County musim ini tidak berjaya selepas kelab malang itu tersingkir dari EFL Championship.

Kelab yang dikenali sebagai The Rams itu bermula dengan penuh sengsara apabila berdepan dengan pemotongan mata akibat kecuaian pemilik pasukan yang lalu dalam menguruskan kewangan.

Rooney dan skuadnya memberikan persembahan terpuji namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila terpaksa turun ke EFL League 1 musim hadapan selepas tumpas kepada Queens Park Rangers (QPR).

Kekalahan 1-0 kepada QPR itu sekali gus menamatkan musim penuh naik turun kelab itu dan juga Rooney yang dianggap cukup berani cuba membela nasib pasukannya.

Ianya turut dibantu dengan kebangkitan lewat Reading ketika bertemu Swansea City untuk menafikan sebarang peluang Derby untuk kekal di liga berbaki tiga perlawanan.

Saya tidak lari

Walaupun tumbang ke satu lagi liga bawahan, namun Rooney memilih untuk tidak meninggalkan pasukannya.

Sebaliknya, beliau mahu pemilik baharu masuk dan membetulkan segala kekurangan kelab.

“Pengambilalihan [pemilik] baharu harus dilakukan dengan cepat, lebih cepat ianya berlaku lebih cepat kita boleh bangunkan [kelab] dan bawa pemain masuk.”

“Jika perkara ini terjadi, seperti saya katakan, saya ingin membina semula kelab ini. Buat masa sekarang, kita telah membayar harga yang cukup besar atas apa yang pemilik sebelum ini lakukan.”

Derby didenda penolakan 21 mata di awal musim dan magis Rooney telah membantu pasukannya kembali bersaing untuk memperoleh 31 mata selepas 43 perlawanan.

Jika ditambah dengan 21 mata yang terpaksa ditolak, Derby sepatutnya memperoleh 52 mata dan jumlah kutipan itu cukup untuk membuatkan mereka duduk di luar zon penyingkiran.

Rooney jelas sekali kecewa dan sedih dengan penyingkiran ini tetapi dalam masa yang sama beliau bangga dengan semangat juang skuadnya dalam cuba mengubah nasib kelab.

Semangat juang Rooney seharusnya dipuji kerana walaupun pernah cuba ‘dibawa lari’ oleh kelab Premier League iaitu Everton, tetapi beliau memilih untuk kekal bersama The Rams.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN