Gagal Dapatkan Ancelotti, Everton Pilih Sam Allardyce, West Brom Lantik Alan Pardew

Everton sebelum ini bercita-cita besar untuk melantik pengendali dari Itali Carlo Ancelotti untuk menggantikan Ronald Koeman.

Koeman dipecat selepas Everton berada di kedudukan ke-18 liga sebelum ini dengan kekalahan 5-2 di tangan Arsenal.

Mereka bercadang untuk melantik pengurus berprofail tinggi seperti Ancelotti bagi meneruskan projek terbesar dalam sejarah pasukan mereka dengan perbelanjaan sekitar £140 juta pada pra musim lalu.

Namun usaha itu gagal dan mereka dilaporkan mulai memburu beberapa calon lain termasuk David Moyes, yang selepas itu pergi ke West Ham United.

Sam Allardyce musim lalu berjaya menyelamatkan Crystal Palace daripada tersingkir dan menamatkan liga di tangga ke-14. Namun ada beberapa konflik dengan pihak pemilik kelab menyebabkan Big Sam meletakkan jawatan.

Sam Allardyce bukanlah nama asing dalam bola sepak Inggeris. Beliau juga pernah dilantik menjadi pengurus England. Namun terpaksa meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal manipulasi kontrak pemain.

Everton adalah kelab EPL ke-7 yang diuruskan oleh Allardyce. Beliau tidak pernah tersingkir daripada EPL dan membantu 2 kelab Championship ke EPL iaitu Bolton Wanderers dan West Ham United.

Sementara itu, West Brom mengesahkan Alan Pardew sebagai pengganti Tony Pulis yang sebelum ini dipecat. Alan Pardew kembali semula ke EPL selepas dipecat Crystal Palace pada Disember 2016.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Beliau mengakui teruja untuk mengendalikan pasukan West Brom yang disifatkan beliau sebagai sebuah kelab Inggeris yang penuh tradisi.

Agak menarik, perlawanan pertama Pardew adalah menentang bekas majikan beliau Crystal Palace pada 2 Disember.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN