Gagal Dapat Tempat Bersama JDT, Liridon Krasniqi Sertai Terengganu Pula Untuk Musim 2023?

Terengganu dilihat bakal mendapat nilai tambah terbaharu mereka dalam kekuatan posisi tengah, selepas khidmat Liridon Krasniqi dilaporkan akan menyertai pasukan tersebut.

Ianya mula menjadi tular, selepas Liridon sah tidak lagi bersama Khon Kaen United dalam saingan Thai League 1 tahun ini dan mula dikaitkan bersama beberapa pasukan di Malaysia.

Walaupun masih lagi menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan itu dilihat seolah tidak berminat untuk menggunakan khidmat Liridon dan pemain tengah tersebut langsung tidak menyertai kem latihan bersama di Dubai.

Beberapa pasukan yang dikaitkan bakal meminjam Liridon pada musim ini mula disebut-sebut menerusi media sosial dalam kalangan penyokong, dengan Kedah Darul Aman (Kedah) antara paling popular dikaitkan.

Namun ianya dilihat mungkin tidak menjadi kenyataan, kerana pasukan itu dilihat sudah pun melengkapkan senarai pemain tempatan pada musim ini.

Umum diketahui Liridon merupakan pemain naturalisasi negara dan beliau sah untuk didaftarkan selaku pemain tempatan dengan mana-mana pasukan di Malaysia.

Terkini, kelibat pemain tersebut telah dirakam oleh individu tidak diketahui menerusi media sosial yang ketika ini bersama-sama kem Terengganu di Thailand.

Desas-desus yang dikeluarkan oleh para penyokong Sang Penyu juga semakin hebat dengan menyatakan Liridon bakal memperkuatkan Terengganu musim ini di posisi tengah.

Ianya merupakan suatu khabar positif sebenarnya buat Terengganu, selepas mereka kehilangan tonggak kreatif di posisi tengah musim lalu iaitu Manuel Ott yang menyertai Kedah.

Kualiti dimiliki Liridon jelas tidak boleh dipertikaikan lagi kerana semua pun tahu beliau mempunyai skil individu yang tinggi, serta kreativiti mencipta serangan buat pasukan.

Nama beliau mula meletup ketika mewakili Kedah pada tahun 2015 dan Liridon menjadi antara tunjang utama kebangkitan pasukan tersebut untuk muncul juara Liga Premier.

Selepas beberapa musim menabur bakti di Kedah, Liridon memulakan karier baharu dengan menyertai Melaka United sebelum mengesahkan diri untuk menjadi pemain JDT.

Namun segalanya tampak tidak begitu baik, setelah aksinya mula tidak konsisten dan Liridon terpaksa dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensi beliau.

Bersama skuad kebangsaan, segalanya juga tidak tampak begitu baik selepas beliau menjadi pemain naturalisasi sehingga dirinya tidak terpilih oleh Kim Pan-gon untuk beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia dan kejohanan AFF 2022.

Jika Liridon sah menyertai Terengganu, pastinya ia menjadi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang prestasinya mampu untuk kembali bangkit atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN