Gagal Beraksi Di Piala Dunia B-20, Bagaimana Kontrak Pengendali Indonesia?

Indonesia secara rasminya sudah pun mengesahkan diri untuk tidak menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri menerusi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas Indonesia mempunyai isu politik untuk tidak membenarkan salah satu pasukan bertanding, Israel tiba di negara tersebut.

Ketika ini, dilaporkan Argentina bakal menjadi tuan rumah seterusnya untuk menggantikan Indonesia dalam kejohanan tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas disahkan tidak beraksi, skuad Indonesia B-20 secara rasminya turut dibubarkan, selepas mengharungi kem latihan serta pelbagai aksi persahabatan sekian lama bawah kendalian Shin Tae-yong.

Shin menjadi individu yang paling kecewa selepas mengetahui skuad kendaliannya tidak akan beraksi dalam kejohanan tersebut, selepas pelbagai usaha dibuat beliau sejak awal.

“Pertama sekali, pastinya saya sangat sakit hati dengan keputusan itu. Saya sendiri rasa sangat penat selepas ianya menjadi sia-sia.

“Apatah lagi para pemain, pastinya mereka sangat lelah selepas membuat persiapan selama tiga tahun enam bulan itu demi mengharumkan nama negara,” terang pengendali tersebut.

Menurut CNN Indonesia, Shin dilaporkan bakal bertemu Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir untuk membincangkan masa depan beliau di sana.

Jelas Shin, beliau akan terus kekal bersama Indonesia sehingga kontraknya tamat serta bertemu Erick sendiri untuk membincangkan hala tuju selepas ini.

“Memang saya akan terus berada di sini kerana mengikut seperti yang tertera dalam kontrak bersama Indonesia.

“Ketika ini, saya perlu bertemu Ketum PSSI iaitu Erick untuk membincangkan mengenai masa depan saya bersama negara ini selaku pengendali bola sepak profesional,” jelas Shin.

Sebelum itu, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo juga sempat bertemu sendiri Shin bersama para pemain B-20 untuk memberi kata-kata semangat selepas gagal beraksi di Piala Dunia B-20.

Perkara yang mungkin boleh difikirkan Shin selepas ini, mungkin mempersiapkan diri untuk saingan Piala Asia yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN