Ada banyak perkara yang menentukan hala tuju dan karier seorang pemain bola sepak. Selain daripada aspek pembangunan yang holistik, sokongan anggota keluarga juga dianggap penting.
Jika pada usia muda, peranan ayah dan ibu selaku penjaga memainkan peranan amat penting di dalam kemenjadian seseorang pemain.
Dan selepas berjaya bergelar pemain, giliran isteri pula memainkan peranan. Seperti mana di dalam kehidupan seharian, peranan isteri juga amat besar kepada sebahagian besar pemain bola sepak – sekurang-kurangnya buat lima pemain bola sepak terkenal dunia ini.
Akibat ‘gagal membeli jiwa si isteri’, lima pemain ini dikatakan gagal mendapatkan perpindahan yang diidam-idamkan.
Thomas Muller ke Manchester United
Thomas Muller merupakan adalah pemain kunci Bayern Munich. Pada 2015, Manchester United pernah merancang untuk memancing pemain ini ke Old Trafford dengan bidaan £84 juta.
Namun, isteri Thomas Muller, Lisa bertindak menghalang suaminya ke Old Trafford kerana tidak ingin pergi ke luar negeri. Hal tersebut didedahkan sendiri oleh Louis van Gaal yang merupakan pengurus Manchester United pada ketika itu.
“Perpindahan [Thomas Muller] ada 2015 itu mungkin terjadi jika isterinya lebih terbuka untuk berhijrah ke luar negara,” kata Van Gaal kepada Bild.
“Itulah alasan Thomas. Ia dimaklumkan kepada pembantu saya, Marcel Bout, yang telah melakukan semua perbincangan dengan pemain itu dan mengapa akhirnya ia ditolak.”
Mauro Icardi ke Newcastle
Mauro Icardi mungkin ingin meninggalkan PSG karena sering memanaskan bangku simpanan. Namun, perpindahan penyerang Argentina itu harus mendapat restu daripada isterinya, Wanda Nara terlebih dahulu yang juga merupakan ejen pemain itu.
Dimudahkan cerita, pemain seperti Mauro Icardi akan menurut sahaja apa sahaja kehendak isterinya.
Icardi khabarnya menjadi sasaran Newcastle United yang telah dimiliki oleh konsortium Arab Saudi. Namun perpindahan pemain itu ke St James’ Park nyata tidak akan menjadi kenyataan.
“Meninggalkan Paris tidak ada dalam rancangan Mauro Icardi dan Wanda Nara. Perpindahan tersebut adalah hal terakhir yang mereka inginkan,” kata satu sumber kepada Gazzetta dello Sport.
“Saya tidak melihat Mauro Icardi bakal menyertai kelab lain dalam masa terdekat.”
Olivier Giroud ke Everton
Setelah kehilangan tempat sebagai pemain pilihan utama, Olivier Giroud nekad meninggalkan Arsenal. Everton kemudian mengajukan tawaran untuk membeli pemain antarabangsa Perancis itu pada musim panas 2017 yang lalu.
Namun Everton gagal Giroud. Pengurus Everton pada ketika itu, Sam Allardyce mendedahkan isteri Giroud tidak merestui perpindahan suaminya ke Everton.
“Dia [Giroud] tidak ingin pindah dari utara London? Saya rasa tidak. Atau isterinya yang tidak suka? [Perpindahan] ini juga sangat penting bagi isteri,” kata Allardyce.
“Biasanya mereka adalah bos. Saya berkata demikian berdasarkan pengalaman.”
Robert Lewandowski ke PSG
Sebelum berjaya mendapatkan Neymar dan Kylian Mbappe ke Parc des Princes, Robert Lewandowski dilaporkan pernah menjadi sasaran utama PSG.
Kelab Ligue 1 itu rupa-rupanya terlebih dahulu merancang untuk mendapatkan Lewandowski dari Bayern Munich pada musim panas 2017.
Kemudian muncul pelbagai spekulasi. Salah satu khabar angin mengatakan isteri pemain itu, Anna enggan berhijrah ke Paris. Penyerang Poland itu bagaimana pun menafikan Anna menentang idea perpindahan ke PSG.
“Ya, saya sudah memiliki kesempatan untuk menandatangani kontrak dengan kelub di Perancis sebelum ini,” dedah Lewandowski kepada Telefoot.
“Istwri saya tidak ingin pergi ke Paris? Tidak, saya belum pernah mendengar sesuatu yang begitu bodoh. Itu tidak ada hubungannya dengan perkara ini. Adakalanya ada banyak perkara perlu dipertimbangkan.”
Sergio Ramos ke Manchester United
Manchester United ingin mendapatkan khidmat Sergio Ramos pada musim panas yang lalu. Red Devils bahkan sanggup menawarkan gaji sekitar £15 juta semusim kepada bekas kapten Real Madrid tersebut.
Namun, Manchester United gagal menarik perhatian isteri pemain itu yang merupakan seorang penyampai dan personaliti TV cantik, Pilar Rubio. Akhirnya, idea Ramos untuk ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya, Ramos memilih untuk ke Paris untuk menyertai PSG. Memilih untuk ke Ligue 1, Paris dilihat sebagai destinasi yang lebih menarik buat Ramos dan keluarganya berbanding Manchester.