Gabriel Nistelrooy Akui Terima Nasihat Bergson Untuk Jadi Penyerang Hebat

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim II (JDT II) iaitu Gabriel Nistelrooy kini boleh dianggap sangat mencuri tumpuan, selepas beliau kekal berbisa buat pasukan tersebut di saingan Liga MFL.

Rekod semasa ketika ini menyaksikan beliau gah selaku penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan Nistelrooy meraih sembilan gol untuk mengatasi jauh pesaing lain selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Memiliki kekuatan fizikal, ketajaman di hadapan gol, serta licik mengatasi pertahanan lawan menjadi kunci utama kekuatan penyerang kelahiran Sarawak itu untuk menjadi mesin gol buat JDT II.

Walaupun unggul selaku penjaring terbanyak, Gabriel mengakui beliau masih memiliki kelemahan untuk diperbaiki bagi memantapkan lagi diri pada aksi hadapan.

Malah, motivasi Gabriel juga sedang berada pada tahap terbaik selepas saingan MFL jelas memberi lebih banyak peluang kepada beliau untuk bersinar serta mengekalkan reputasi selaku penjaring terbanyak sehingga ke penghujung musim.

“Ya saya agak berpuas hati apabila dapat menjaring banyak gol, tapi setakat ini banyak lagi yang perlu saya perbaiki.

“Rakan sepasukan saya juga amat membantu, terutamanya ketika di sesi latihan. Hasil bantuan daripada merekalah yang membantu saya menjaringkan lebih banyak gol.

“Di Malaysia, sekarang ni kita ketandusan penyerang tempatan. Bagi saya sebagai seorang penyerang, apa yang saya mampu saya beri adalah saya akan buat yang terbaik dan manfaatkan peluang sebaik mungkin,” kata beliau menerusi laporan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pada masa sama, Gabriel juga tampil menyatakan beliau sudah pun beberapa kali diberi peluang menjalani sesi latihan bersama skuad senior untuk terus meningkatkan kualiti permainan.

Malah, Gabriel turut mengakui pemain senior seperti import dari Brazil iaitu Bergson da Silva antara memainkan peranan untuk memberi nasihat serta tunjuk ajar berguna kepada beliau.

“Betul, ada juga beberapa kali saya berpeluang untuk berlatih bersama skuad utama JDT. Dari situlah saya dapat belajar daripada penyerang-penyerang utama JDT seperti Bergson dan ramai lagi.

“Kadang-kadang ada juga mereka beri nasihat untuk memperbaiki mana yang perlu.

“Hasrat untuk jadi penjaring terbanyak itu memang ada namun bagi saya, yang penting adalah dapat menjulang Piala MFL dan membantu rakan-rakan untuk mencapai kejuaraan pada tahun ini,”katanya akhir sekali.

Melihat kepada momentum semasa diberikan oleh Gabriel, sudah tentu rekod jaringan beliau dijangka akan terus bertambah serta menjadi aset baharu buat Harimau Malaya pada masa hadapan.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN