Pemain Manchester City, Gabriel Jesus disifatkan oleh rakan senegara yang pernah merasai nikmat menjuarai Piala Dunia 2002, Juliano Belleti sebagai mampu menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.
Jesus berjaya melakukan penampilan yang meyakinkan pada Januari lalu namun prestasi baiknya direncatkan dengan kecederaan patah tulang metatarsal yang dialami ketika bertemu Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2016-17.
Tetapi pemain muda itu bakal menjadi pemain yang sangat berjaya dan menjadi pujaan ramai pada musim ini, menurut pemain tengah dan bekas pemain pertahanan Barcelona dan Chelsea, Belletti.
“Kita akan menghadapi Piala Dunia dan selepas itu mungkin dia boleh menjadi salah satu yang terbaik di dunia,” kata Beletti.
“Yang pastinya pada tahun hadapan.”
”Permulaan Jesus di City begitu mengejutkan buat saya, kerana apabila anda tiba di pertengahan persaingan terdapat banyak tekanan serta harapan diletakkan dan dia masih muda. Tetapi personaliti dan keyakinannya sangat menakjubkan.”
”Semuanya berkait dengan soal keyakinan. Keyakinan yang anda perlukan di Brazil tidak sama dengan keyakinan yang diperlukan di England.
“Apabila sampai disana, anda perlu berasa selesa untuk bermain bola sepak.”
”Ketika Jesus tiba di City, sangat penting untuk melihat dia dari minit pertama beraksi dan menunjukkan keyakinannya dan itu adalah sangat penting buatnya.”
”Ia berkaitan penyesuaian diri ketika disana, keadaan bola sepak di England tidak sama dengan Brazil. Lebih bersifat fizikal dan pantas.
”Anda tidak boleh membawa ‘Brazil’ bersama anda, anda perlu berfikir sebagai seorang pemain Inggeris tetapi selalu yakin untuk bermain.
Gabriel Jesus telah dibandingkan dengan legenda Brazil, Ronaldo Nazario De Lima kerana kualiti serangan yang dimilikinya, namun Belleti beranggapan sebaliknya dan merasakan penyerang City itu seorang yang unik dari segi bakat dan gayanya.
“Saya tidak tahu (siapa yang membandingkannya dengan Ronaldo),” kata Belletti, yang memenangi Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA dalam tempoh tiga tahun di Chelsea.
“Dia mempunyai kualitinya yang tersendiri, dia pemain yang berbeza. Dia sangat bijak dan mempunyai banyak personaliti seperti Ronaldo dan Romario, tetapi saya tidak melihatnya seperti mereka. Dia berbeza. ”
Sumber :
Mirror (2017) – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/gabriel-jesus-backed-become-one-11131015
Daily Star (2017) – http://www.dailystar.co.uk/sport/football/643161/Gabriel-Jesus-Chelsea-News-Manchester-City-news-Juliano-Belletti-Pep-Guardiola