Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh kelab kendaliannya setakat ini dalam aksi pra-musim selain memberi pujian penuh khususnya buat penyerang baharu kelab tersebut, Gabriel Jesus.
Menurut Arteta, beliau menyifatkan Jesus sebagai seorang penyerang yang gemar membuat huru hara kepada pertahanan lawan, terutama sekali pada perlawanan baru-baru ini apabila Arsenal menewaskan Everton dengan keputusan 2-0.
Victory in Baltimore! ✊
🔴 2-0 🔵 (FT) pic.twitter.com/oiYm2LcpaA
— Arsenal (@Arsenal) July 17, 2022
Dalam perlawanan tersebut Jesus nyata memberi aksi yang cukup bertenaga serta kerap mengkucar kacirkan pertahanan lawan selain berjaya mencatat nama selaku salah seorang penjaring gol.
Selain meledak gol pertama perlawanan, Jesus juga menjadi tonggak penting yang memberi bantuan buat Bukayo Saka untuk meledak gol kedua permainan dan mengesahkan kemenangan di Baltimore.
Sebelum itu, Jesus telah pun meledak gol sulungnya bersama Arsenal ketika perlawanan pra-musim menentang Nurnberg dan momentum tersebut dikekalkan sewaktu berdepan Everton.
“Dia telah membuat satu kekecohan besar buat pertahanan lawan menerusi gerakan lincahnya. Jesus sentiasa ada untuk membuka ruang dan menerima umpanan di hadapan gol.
“Dia merupakan ancaman besar buat lawan dan itu yang diperlukan oleh kami ketika ini. Jesus penyerang yang ditagih kami.
“Setiap kali beliau menerima umpanan, Jesus akan terus melihat ke hadapan untuk memberi tekanan buat pertahanan lawan.
“Beliau juga akan memastikan rakan sepasukan lain sentiasa berada di belakang beliau untuk menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin.
“Jesus telah membentuk dirinya sendiri dengan baik selaku calon pemimpin kelab. Saya boleh lihat dan memahami apa yang cuba dibuat oleh pemain ini bersama rakan-rakan lain. Dia individu yang dicari kami selama ini,” jelas Arteta menerusi ESPN.
Selain itu, Arteta juga mengakui beliau suka pemain seperti Jesus yang ada kualiti tersendiri. Namun, pengurus ini juga tetap memberi kredit buat beberapa lagi pemain apabila disifatkannya jug bagus.
Creating chaos 😉 pic.twitter.com/zp52fvbuNb
— Arsenal (@Arsenal) July 17, 2022
“Saya suka pemain seperti Jesus. Pemain seperti ini gemar mempelajari sesuatu di atas padang untuk berkembang.
“Mereka juga jenis yang tahu untuk mencuri kesempatan dalam mana-mana situasi untuk diubah dalam bentuk kelebihan buat pasukan.
“Selain Jesus, beberapa pemain lain yang berkualiti tinggi juga memang sentiasa diberi perhatian seperti Gabi dan Nketiah. Mereka ada kualiti tersendiri,” terang beliau.
Dalam masa sama ketika Arteta ditanya mengenai masa depan tonggak mereka iaitu Saka, beliau dengan yakin mengatakan pemain tersebut bakal terus bersama Arsenal.
Saka ketika ini masih mempunyai baki kontrak selama setahun dan masih dalam perbincangan untuk menyambung kontrak tambahan bersama pasukan.
📞📞📞
Full bars in Baltimore! 🥰
❤️ @BukayoSaka87 pic.twitter.com/Xk7K5QWU5Q
— Arsenal (@Arsenal) July 16, 2022
Selain itu, Arteta juga menjelaskan mengenai status lima pemain Arsenal yang tidak bersama pasukan iaitu Emile Smith Rowe, Kieran Tierney, Takehiro Tomiyasu, Ben White, dan Fabio vieira.
Menurut beliau, kelima pemain tersebut tidak dapat bersama pasukan setakat ini dalam aksi pra-musim apabila disahkan mengalami kecederaan.