Gabriel Guerra, Pemain Terbaik Mingguan Piala AFC Pilihan Penyokong Goal

Penyerang import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Pilihan Penyokong untuk aksi pada minggu lepas.

Anugerah pemain terbaik mingguan ini adalah anjuran portal bola sepak terkemuka, Goal.com.

Gabriel Guerra dicalonkan selepas jaringan hatrik beliau dalam pertandingan Piala AFC 2017 menentang Magwe F.C pada minggu lepas.

Kejayaan Gabriel Guerra turut diumumkan oleh JOHOR Southern Tigers melalui Facebook.  Kredit: JST

Pemain berusia 24 tahun ini menhasilkan jaringan hatrik untuk membantu JDT menang 3-1 menentang wakil daripada Myanmar itu.

Kemenangan 3-1 berkenaan sekaligus melayakkan JDT ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2017 Zon ASEAN.

Pemain lain yang turut tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Pilihan Penyokong anjuran Goal.com ialah Mohammad Al Ghassani daripada Saham SC yang turut beraksi dalam pertandingan dan pada minggu yang sama.

Al Ghassani turut menghasilkan hatrik buat wakil daripada Oman itu untuk membantu pasukannya menewaskan Nejmeh S.C daripada Lebanon dengan kemenangan 3-1.

Pemain pertahanan tengah menyerang Hanoi F.C daripada Vietnam, Nguyen Van Quyet turut tersenarai apabila beliau menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukannya menang 4-1 menentang Felda United minggu lalu.

Aksi Gabriel Guerra meraikan jaringan hatrik menentang Magwe FC. Kredit: JST

Gueera adalah pilihan jelas penyokong bola sepak ASEAN apabila menerima 64% daripada keseluruhan undian. Van Quyet dan Al Ghassani masing-masing menerima 27% dan 9% daripada jumlah keseluruhan undian.

Gol jaringan Gabriel Guerra ketika saingan Piala AFC menentang Magwe F.C turut dinobatkan sebagai gol tercantik mingguan “Allianz AFC Cup 2017 Goal of the Week” tiga hari yang lalu oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Gabriel Guerra adalah satu revolusi buat pasukan JDT dalam memburu jaringan pada musim ini. Beliau telah menjaringkan sejumlah 14 gol dalam semua pertandingan domestik dan AFC untuk tahun 2017.

Gabriel Miguel Guerra adalah bekas pemain akademi Boca Juniors di Argentina. Guerra mulai merasai aksi di kancah Liga Malaysia apabila menyertai PKNS F.C secara pinjaman pada musim 2015.

44 penampilan dan 32 gol yang dijaringkan oleh Guerra dalam tempoh semusim, menarik minat kelab JDTII untuk memancing khidmat pemain berusia 24 tahun ini.

Pemergian Luciano Figueroa pada akhir musim, membuka ruang untuk Gabriel Guerra beraksi bersama pasukan utama JDT pada musim ini.

 Baca juga: Kenali Marco Asensio: Prospek Muda Terhangat Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN