Gabriel Guerra Sedia Bantu PKNS FC Tewaskan Skuad Penyu Malam Ini

Setelah membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super pada tahun 2017, Gabriel Guerra kembali semula ke kelab lamanya dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau sebenarnya bukanlah watak yang asing bagi skuad kendalian Datuk Rajagobal tersebut kerana karier professional penyerang berusia yang 27 tahun ini dalam Liga Malaysia bermula bersama PKNS FC.

Pada ketika itu, beliau didatangkan ke PKNS FC secara pinjaman melalui kelab Superliga Argentina de Fútbol, Boca Juniors. Musim ini, beliau mempunyai misi untuk memastikan skuad Semut Merah dapat membuka kempen musim ini dengan langkah kanan.

“Sasaran saya untuk membantu PKNS FC. Sudah tentu dapat menjaringkan gol lebih baik buat saya kerana ia membantu meningkatkan keyakinan.

“Namun bukan itu yang menjadi keutamaan kerana bagi saya, mana-mana pemain boleh menjaringkan gol asalkan kami menang,” katanya dalam Berita Harian.

Aksi Gabriel Guerra ketika mewakili pasukan JDT.  Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Skuad PKNS FC dijadualkan bertemu naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) pada aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Bagaimanapun, bekas penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak memiliki banyak maklumat mengenai pasukan lawan sekali gus memaksanya berhati-hati apabila berdepan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim.

“Walaupun saya tidak begitu tahu mengenai TFC namun mereka juga pasti melakukan persiapan rapi memandangkan ini aksi pertama yang amat penting.

“Namun persiapan kami juga berjalan lancar dan kami akan memperagakan aksi bola sepak yang baik untuk meraih mata di sana,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN