Gabriel Batistuta merupakan salah seorang penyerang ikonik dalam bola sepak dunia. Dia mungkin antara 3 terbaik dalam generasi beliau kerana ramai mengiktiraf pemain seperti Ronaldo adalah terbaik.
Gabriel Batistuta juga antara nama yg dianggap paling berpengaruh di Serie A dan dunia. Membantu memberikan publisiti kepada kelab dan Liga Itali.
Lagenda Fiorentina
Batistuta menyertai Fiorentina daripada Boca Junior pada 1991 dan dianggap sebagai pemain terbaik pernah menyarung jersi di Bandar Florence itu.
Beliau diberikan Hall Of Fame oleh kelab itu. Namun Batistuta menganggap ia ‘terlalu besar’ dan tak perlu kerana beliau sentiasa berpendapat tidak ada pemain lebih besar daripada pasukan mereka.
‘Tiada pemain lebih besar daripada pasukan’, ia bukan omongan ataupun retorik kosong apabila sepanjang karier beliau di Fiorentina dari 1991 hingga 2000.
Beliau kekal bersama pasukan walaupun terpaksa bermain di divisyen 2 pada 1993. Deretan tawaran Lebih besar untuk Batigol namun dia menghormati kelab serta perasaan penyokong Curva Fiesole.
Beliau hanya fokus mahu membantu Fiorentina kembali semula ke Serie A.
Gabriel Batistuta menjadi penanda aras
Beliau adalah antara definisi ia adalah pemain kelas dunia dan amat dihormati oleh Curva Fiesole. Penyerang pastinya dinilai pada rekod jaringan gol.
Batistuta tersenarai dalam 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Serie A dengan rekod 184 gol dalam 318 perlawanan. Ratio gol setiap perlawanan adalah 1.7 perlawanan per gol.
Satu pencapaian yang cuma diatasi oleh Gunnar Nordahl (AC Milan & Roma) yang menjaringkan gol dalam setiap 1.3 perlawanan.
Tanpa Serie A Bersama Fiorentina
Beliau gagal menjuarai liga bersama Fiorentina ketika dalam kemuncak prestasi terbaik. Pasukan Fiorentina sentiasa mencabar kejuaraan namun kerap tercicir dalam beberapa perlawanan pelawanan terakhir.
Pencapaian tertinggi Batistuta bersama Fiorentina ialah pada 98/99 apabila menduduki tempat ketiga liga. Namun beliau tidak pernah jemu berkhidmat untuk Fiorentina walaupun selepas aksi cemerlang di Piala Dunia 1998.
Beliau pernah cuba dipancing oleh Manchester United di bawah Alex Ferguson. Ketika ditanya Mengapa beliau tidak mahu menyertai Manchester United pada kemuncak kerjayanya bersama Alex Ferguson? yang kemudiannya menjuarai treble 1998/99.
Adakah beliau menyesal dengan keputusan ini? Ini kerana ramai penganalisis percaya mereka berdua adalah 2 individu yg terbaik di dalam lapangan ini dan berpotensi membentuk gandingan sempurna dalam sejarah bola sepak dunia.
Sukar untuk pemain menolak tawaran dari Manchester United.
Batistuta ringkas menjawab:
“Saya lebih suka menang satu trofi dengan pasukan seperti Fiorentina daripada sepuluh kejuaraan liga dengan pasukan kuat seperti Manchester United.”
Musim 98/99 Fiorentina membuat permulaan yang sangat baik untuk kempen dan mengekalkan momentum ini sehingga pertembungan penting dengan pencabar terdekat mereka AC Milan dalam perlawanan perlawanan ke-20.
Perlawanan yg berakhir 0-0 dengan Batistuta diusung keluar kerana masalah hamstring. Dia akhirnya disisihkan sebulan dan ianya memberikan impak besar kepada kempen untuk menjuarai pertama kali sejak 1969.
Batistuta masih berjaya menamatkan musim dengan 26 gol liga walaupun tidak beraksi sebulan.
Serie A Bersama AS Roma
Batistuta berpindah ke Roma pada tahun 2000 dalam usaha untuk memenangi Scudetto yang sukar atas pujukan Fabio Capello. Bukan mudah untuk Capello meyakinkan beliau.
Capello mahukan Batistuta membantu Roma dan pada masa yang sama, Roma adalah pasukan tepat untuk membantu beliau mendapatkan medal Scudetto pada musim musim akhir karier beliau di Serie A.
Roma dan Batistuta dianggap Capello sebagai 2 perkara saling memerlukan. Ianya satu langkah yang besar bagi kedua-dua pihak untuk bergabung.
Pada musim pertamanya Batistuta menjaringkan 20 gol untuk Roma. Seperti yang Capello katakan sebelum ini, Roma hanya hilang satu ramuan sahaja untuk juara iaitu pemain seperti Batistuta.
AS Roma memenangi Serie A pertama sejak 1983 dan Batigol pula memenangi Scudetto pertamanya.
Paing emosi ketika dalam proses untuk menjuarai liga, Batistuta menjaringkan gol ke atas pasukan lamanya, Fioretina.
Ramain penyokong Fiorentina memberikan tepukan dan gesture tahniah ke atas gol yg cantik walaupun mereka terluka. Mereka tahu golitu penting untuk Batistuta mendapatkan medal Serie A pertama dalam karier beliau.
Anda boleh lihat klip video ini. Jelas terpancar rasa sebak beliau ketika melakukan jaringan ke atas pasukan yang beliau sangat sayangi. Beliau tidak meraikan gol tersebut. Beliau juga pergi ke seksyen penyokong Fiorentina untuk meminta maaf.
Penyokong Fiorentina menyingkirkan rasa kecewa dengan tumpang gembira melihat Batigol dalam landasan kejuaraan Serie A, sesuatu yg Fiorentina tak mampu berikan kepada beliau.
Penyokong Fiorentina berkongsi kegembiraan dengan Batigol yang kemudian menjadi juara Itali. Mereka menyatakan ia adalah selayaknya walaupun agak perit menerima ia adalah kejuaraan dengan jersi merah Roma.
Batistuta telah membutktikan dia memang sudah buat yang terbaik demi mereka. Capello menyatakan, kejuaraan itu bukan kebetulan sebaliknya memang dalam perancangan Roma yang memang berpotensi juara jika ada Batistuta.
Cuma ‘Batistuta’ sahaja yg Roma tak ada untuk menjadi pasukan itu lengkap.
Masalah Kecederaan
Akhirnya Batistuta dibayangi kecederaan dan gagal memberikan impak lebih besar pada musim musim berikutya. Akhirnya beliau dipinjamkan ke Inter pada 2003. Tidak lama selepas itu, Batistuta meninggalkan Serie A dengan menyertai Al Arabi.
Hubungan rapat beliau dengan putera mahkota Qatar antara dorongan utama Batistuta ke sana. Bagi Putera Mahkota Qatar, Batistuta adalah idola beliau di atas padang.
Beliau beraksi 2 musim di sana dan bersara dari dunia bola sepak di Qatar.
Argentina
Di peringkat antarabangsa, Batigol mencatat 56 gol daripada 78 perlawanan untuk Argentina menjadikan dia penjaring gol utama ketika era beliau.
Beliau juga menjadi pemain pertama menjaringkan hat-trik dalam dua Piala Dunia berbeza (menentang Greece pada tahun 1994 dan Jamaica pada tahun 1998).
Batistuta membantu Argentina menjuarai Copa Amerika pada tahun 1991 dan 1993, walaupun tidak ada kejuaraan di pentas terbesar Piala Dunia namun dia tetap disanjung sebagai antara yang terbaik sepanjang zaman di samping Maradona!
Bahkan Maradona sendiri meminati Batistuta dan berkata:
“Batistuta adalah penyerang utama (no.9) terbaik yang pernah saya saksikan.”
Selamanya Lagenda
Batistuta menjadi nama yg sangat sinonim dengan Serie A. Kami pasti pengikut Serie A era 90-an akan cepat menyebut nama Batistuta sebagai pemain Serie A yang ada dalam fikiran mereka sekarang.
Anda pasti akan ingat gol gol ‘besar’ ketika menentang Manchester United, Barcelona dan Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Kita akan teringat kehebatan beliau menyudahkan bola dengan mana-mana bahagian tubuh beliau. Kaki kanan, kaki kiri dan kepala yang sangat tajam.
Tidak kurang juga sepakan percuma bak peluru daripada beliai. Senang cerita, beliau memiliki pakej lengkap seorang mesin gol.
Walaupun berprofil tinggi, beliau sentiasa mengutamakan kelab dan peminat. Dan perpindahan ke Roma adalah kerana restu kelab beliau.
Fiorentina tidak ada alasan untuk mempersoalkan komitmen beliau untuk Fiorentina yang gagal membantu beliau seperti mana beliau membantu Fiorentina.
Dia terpaksa menamatkan karier beliau pada 2005 kerana kecederaan. Dia mendedahkan dia pernah merayu kepada doktor agar kakinya dipotong supaya dia tidak memikirkan untuk kembali ke padang dan bermain bola sepak lagi.