(FWWC) Sam Kerr : Permata Australia Yang Mendiamkan ‘Haters’ Dan Menjadikan Thailand Sebagai Inspirasi

Sam Kerr merupakan antara pemain bola sepak wanita terbaik pada ketika ini. Beliau baru berusia 25 tahun dan menjadi kapten Matildas di temasya Piala Dunia.

Beliau sebelum pernah mengutuk balik para pengkritik pasukan bola sepak wanita Australia. Ramai peminat di negara mereka yang memperkecilkan keupayaan Australia selepas tewas di tangan Itali.

Kerr kemudian menegaskan mereka tidak kisah dengan suara-suara pembenci yang dianggap sebagai bunyi latar.

https://twitter.com/FIRMINOOOOOOOOO/status/1139447174394048512

Kerr dan para pemain wanita Australia diserang dengan pelbagai tweet berbentuk seksis serta memperlekehkan para pemain wanita. Paling pedih ianya turut banyak datang daripada penyokong Australia sendiri.

Dalam aksi perlawanan kedua menentang Brazil – Kerr meraikan gol pertama Piala Dunia beliau dengan menumbuk tiang sepakan penjuru – meniru aksi legenda Australia, Tim Cahill.

Australia ketinggalan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Namun mereka bangkit untuk menang 3-2.

Sam Kerr dan rakan-rakannya membuktikan kualiti pasukan Australia di atas padang. Kerr sedar para pengkritik yang suka menjadikan mereka sasaran pasti bersorak gembira ketika mereka ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Dan Kerr menyuruh mereka untuk menelannya, kerana Australia terus berjuang dan bangkit.

“Saya sangat bangga dengan wanita-wanita ini. Saya tahu kami akan bangkit selepas separuh masa pertama.”

“Terlalu banyak pengkritik bercakap tentang kami, namun kami bangkit, jadi telanlah itu.”

“Itu semua hanya bunyi bising, dan kami tidak mendengar cakap-cakap pembenci. Reaksi para pemain, kamu sendiri dapat tengok yang ianya sangat bermakna bagi kami. Kami sangat kecewa selepas perlawanan pertama.”

Dalam aksi terakhir kumpulan C menentang Jamaica, Sam Kerr sekali lagi membuktikan kualiti beliau. Sam Kerr menjaringkan 4 gol dalam perlawanan tersebut.

Jumlah jaringan yang membawa Australia ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan. Jumlah jaringan Kerr telah menolak Brazil ke tangga ke-3. Brazil tetap mara sebagai pasukan tempat ke-3 terbaik.

Kerr menjadi pemain wanita Australia pertama menjaringkan hatrik dan juga penjaring 4 gol dalam satu perlawanan – di temasya Piala Dunia.

Kerr juga menjadi pemain Australia pertama (lelaki/wanita) menjaringkan rekod tersebut di Piala Dunia.

Sam Kerr: Terima kasih Thailand

Selepas tamat perlawanan, Sam Kerr ditemuramah wartawan untuk sesi penyerahan anugerah pemain terbaik perlawanan. Wartawan menyifatkan Kerr akan menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana dengan aksi beliau.

Ketika wartawan bertanya, ada sesiapa yang menjadi inspirasi Sam Kerr dalam perlawanan tersebut?

Sam Kerr menjawab beliau ada banyak inspirasi. Salah satu daripadanya adalah; menjadikan detik emosi pemain Thailand meraikan gol sulung mereka di Piala Dunia 2019 sebagai inspirasi dan motivasi beliau. Sam Kerr menganggap ia detik yang menyentuh hati beliau.

Jurulatih dan pemain-pemain Thailand meraikan gol sulung Piala Dunia oleh Kanjana Sung-Ngoen dengan sangat Emosi. Perlawanan sebelum itu Thailand dibelasah 13-0 oleh AS.

Detik tersebut mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Bagi negara seperti Thailand, kemenangan di Piala Dunia bukan segala-galanya. Namun mereka berbangga kerana berjaya sampai sejauh ini. Dan berjaya menjaringkan gol dalam Piala Dunia.

Mereka juga memberikan penghargaan kepada penyokong dan menujukan gol tersebut kepada mereka yang hadir memberikan sokongan.

Sam Kerr kini bersaing untuk kasut emas Piala Dunia 2019. Dan beliau pastinya berada dalam senarai untuk memenangi Pemain Terbaik Kejohanan – jika Australia mara lebih jauh.

Australia selepas ini akan berhadapan dengan Norway di peringkat suku akhir. Apa yang pasti, Sam Kerr dan rakan-rakannya sudah melakukan tugasan mereka sebaik mungkin setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN