Futsal Piala AFF: Malaysia Sedia Kejutkan Thailand Di Perlawanan Akhir

Futsal

Petang ini skuad futsal negara bakal membuat penghitungan dengan juara bertahan, Thailand untuk aksi final Kejuaraan Futsal AFF di Gelanggang Olahraga (GOR) Universitas Negeri Yogyakarta.

Walaupun Thailand berada di kelas yang berbeza dan memiliki kedudukan ranking yang lebih tinggi (18) berbanding skuad negara (52), itu tidak bermakna skuad kendalian Chiew Chun Yong ini akan menyerah kalah dengan mudah.

Perlawanan menentang Thailand itu turut memaksa Chun Yong memikirkan taktikal yang lebih kemas dan berbeza berbanding dengan apa yang sudah ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya perlu melakukan persediaan lebih rapi dan menggunakan strategi jauh lebih kemas untuk mengejutkan mereka. Pemain saya begitu bermotivasi tinggi untuk bertemu mereka selepas menunjukkan semangat tidak mudah menyerah kalah pada aksi separuh akhir semalam.

“Secara teknikal dan pengalaman, sememangnya Thailand memiliki kelebihan kerana mereka sudah beraksi di pentas lebih tinggi iaitu Piala Dunia. Namun dengan taktikal dan strategi yang betul, saya optimis kita mampu menewaskan Thailand,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian. 

Skuad Negara
Barisan jurulatih dan pemain futsal negara. FOTO: FAM

Malaysia menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut apabila menundukkan Vietnam 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti susulan terikat 2-2 manakala Thailand terpaksa berhempas pulas menewaskan tuan rumah, Indonesia 3-2 selepas masa tambahan.

Ketika aksi final edisi 2017 di Vietnam, Thailand mengecewakan skuad negara menerusi kemenangan tipis 4-3 selepas masa tambahan sekaligus menambah kejuaraan buat kali ke-13.

“Saya sudah katakan kepada pemain saya bahawa inilah masanya yang terbaik untuk mencipta sejarah menjulang gelaran ini. Kita hberjaya memberi saingan sengit ke atas Thailand dan hampir memenanginya tahun lalu .

“Apa yang penting, pemain dapat mengikuti arahan dan perancangan yang sudah disusun. Kekuatan mental juga akan memainkan peranan yang penting khususnya apabila berdepan pasukan seperti Thailand,” katanya.

Foto: Vietnam Futsal Team

Sementara itu, kapten skuad negara, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin tidak sabar turun ke gelanggang untuk menentang Thailand serta memburu kejuaraan untuk dinobatkan sebagai ‘Raja Futsal Asia Tenggara.’

“Kita sedia maklum bahawa Thailand sememangnya sebuah pasukan yang melakukan persiapan rapi berbanding Malaysia yang berehat daripada kejohanan besar selama enam bulan dan hanya menjalani latihan sejak September lalu.

“Bagaimanapun, kami mendapat banyak pengajaran daripada beberapa aksi menentang mereka sebelum ini dan kami akan berusaha sehabis baik untuk menjulang trofi ini buat kali pertama,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN