Skuad futsal negara memulakan saingan AFF 2022 dengan mencatatkan kemenangan 7-6 menewaskan Kemboja dalam satu perlawanan yang sungguh dramatik.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan aksi kejar mengejar dan saling berbalas gol.
Agak mengejutkan juga untuk melihat Kemboja datang di kejohanan kali ini dengan mempamerkan corak permainan yang hampir sahaja mengejutkan skuad negara.
AFF Futsal Championship 2022
Keputusan perlawanan Kumpulan A
Malaysia 7 – 6 Kemboja#afffutsal2022 pic.twitter.com/sDy6MXpYUB
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 2, 2022
Harus diakui, skuad negara tidak bermain dengan begitu baik dalam perlawanan ini, dan mereka hampir untuk dikejutkan dengan kekalahan bertemu Kemboja.
Gol sendiri jaringan Ros Sichamroeun dan gol-gol jaringan Khairul Effendy Bahrin, Saiful Nizam Mohd Ali, Abu Haniffa Hasan berjaya membantu Malaysia untuk mencatatkan kemenangan 7-6.
Enam gol dari skuad Kemboja pula berjaya dijaringkan oleh Orkchan Sereyvong, Ros Sichamroeun, Diamant Prum, Chanmony Tong dan Sothydaroth Lun.
Malaysia 7 Kemboja 6
Tidak dinafikan skuad Malaysia agak cemerlang kerana berjaya mencatatkan kemenangan dan menghasilkan tujuh gol dari perlawanan ini.
Namun harus diakui yang corak permainan yang di pamerkan oleh anak-anak buah Chiew Chun Yong itu tidak lah begitu bagus dan sangat hambar.
Futsal AFF: Malaysia menang tipis ke atas Kemboja | Stadium Astro https://t.co/wfrfbvs7a1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 2, 2022
Jika kempen sebelum ini Kemboja hanya lauk, kini semuanya berbeza dengan skuad negara yang hampir diaibkan dalam perlawanan ini.
Kemboja beberapa kali mendahului perlawanan namun malang untuk mereka kerana skuad Malaysia ada kelas tersendiri.
Namun jika para pemain negara kekalkan tahap persembahan sama bertemu pasukan seperti Thailand dan Indonesia, jelas sekali kita yang akan jadi lauk.
Chiew Chun Yong tak puas hati
Walau berjaya mencatat kemenangan pertama, namun pengurus skuad futsal negara, Chiew Chun Yong merasa tak berpuas hati dengan persembahan para pemain.
“This is not a good performance for me, especially the first half. First half, Malaysia, my player dont really follow the game plan.”
Coach Chiew Chun Yong turut menyatakan yang pertahanan skuad negara agak lemah dalam perlawanan ini selepas membenarkan enam gol dari pasukan lawan menerusi serangan balas.
“We see today six goal, and all six are coming from counter attack.”
Mana logiknya sasaran separuh akhir andai persembahan seperti ini yang disajikan?
AFF Futsal Championship 2022 – Group A – Malaysia vs Cambodia – Warming up#AFF#AFFFutsal pic.twitter.com/epKJpVMsGg
— ASEAN Football (@AFFPresse) April 2, 2022
Skuad futsal negara menyasarkan untuk setidak-tidaknya layak sehingga peringkat separuh akhir di kejohanan pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada apa yang mereka persembahkan bertemu Kemboja, sukar sebenarnya untuk peminat berharap lebih.
Aksi para pemain jelas sekali tidak meyakinkan dan terlalu banyak kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh para pemain dalam perlawanan ini.
Melihat kepada persembahan skuad negara, mengelak dari diaibkan ketika bertemu pasukan seperti Thailand dan Indonesia adalah lebih baik berbanding berharap mereka akan ke separuh akhir.
Selepas bertemu Kemboja hari ini, skuad negara akan turun beraksi bertemu Indonesia pada Isnin nanti, bertemu Brunei pada hari Selasa dan akhir sekali bertemu Thailand pada Rabu depan.
AFF Futsal Championship 2022 – Group A – Malaysian head coach Chiew Chun Yong#AFF#AFFFutsal pic.twitter.com/TWiIlwfIWY
— ASEAN Football (@AFFPresse) April 2, 2022
Semoga saja mereka akan kembali bangkit dan pamerkan aksi persembahan lebih baik untuk aksi perlawanan selepas ini.