Semalam, sebuah bangunan kediaman yang dikenali sebagai Grenfell Tower setinggi 24 tingkat telah terbakar. Dipercayai kebakaran itu bermula kira-kira jam 1 pagi waktu London lapor Sky News.
Dipercayai 12 orang maut dalam kejadian itu dan berpuluh-puluh lainnya cedera. Laporan mengatakan bahawa kebakaran berpunca dari letupan dari sebuah peti sejuk daripada salah satu kediaman di bangunan tersebut.
Menurut Huffington Post UK, Kejadian itu disedari oleh seorang penduduk Muslim yang ingin menunaikan sahur pada pagi kejadian. Apabila asap berkepul di tingkatnya, mereka memberitahu kepada jiran yang berdekatan.
Kejadian itu menyaksikan ramai penduduk tersebut kehilangan tempat tinggal. Sumbangan derma keperluan seperti pakaian, makanan dan minuman juga diadakan.
Tidak ketinggalan
💙 We're devastated to see the terrible #GrenfellTower fire in west London.#QPR's thoughts are with everyone affected.
— QPR FC (@QPR) June 14, 2017
https://twitter.com/tonyfernandes/status/874875749626515461?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.skysports.com%2Ffootball%2Fnews%2F11711%2F10915155%2Fgrenfell-tower-fire-victims-offered-loftus-road-as-relief-centre-by-qpr-owner-tony-fernandes
Sky Sports News memaklumkan bahawa dua kelab English Football League (EFL), Queens Park Rangers dan Fulham tampil memberikan bantuan segera. Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes sudi menjadikan Loftus Road, stadium di mana kelab itu bermain sebagai tempat perlindungan.
Thank you to everyone who has contributed. We will continue to accept #GrenfellTower donations until 7pm.
? https://t.co/zzUM5UYtJN pic.twitter.com/CqTyqlMBbw
— Fulham Football Club (@FulhamFC) June 14, 2017
Jiran tetangga Rangers, Fulham juga membuka tawaran kepada penderma untuk mendermakan keperluan kepada mangsa. Fulham membenarkan fasilitinya di Craven Cottage dan Motspur Park (pusat latihan) untuk pusat pengumpulan derma.
Sokongan
Pasukan bola sepak memberi bantuan segera dalam bencana ini sudah menjadi lumrah biasa. Ia memberikan satu imej baik dan terpuji di mata masyarakat.
Bagi mereka, masyarakat dan pasukan bola sepak umpama isi dengan kuku, saling memerlukan antara satu sama lain.