‘From Hero To Zero’- Lee Tuck Jadi Mangsa Amukan Penyokong Kedah

Pemain tengah naturalisasi, Lee Andrew Tuck menjadi antara pemain yang mendapat kritikan teruk daripada penyokong Kedah Darul Aman (Kedah) kini menerusi aksinya tidak konsisten.

Tuck menjadi antara pemain baharu yang menyertai Kedah pada musim ini, selepas rombakan besar telah dibuat pasukan berkenaan sejak penghujung tahun lalu.

Tampil dengan slot naturalisasi serta mempunyai pengalaman menarik bersama kelab-kelab terdahulu ketika menjadi pemain import, kehadiran Tuck jelas dianggap bakal memberi pengaruh positif buat Kedah.

Tambahan pula, aksinya bersama Harimau Malaya ketika saingan Piala AFF lalu sangat baik, pastinya penyokong Kedah berharap prestasi tersebut terus dikekalkan pasukan berkenaan untuk pasukan kesayangan mereka.

Malangnya, itu semua tidak menjadi kenyataan selepas prestasi dipamerkan Tuck bersama Kedah jelas mengecewakan selepas saingan Liga Super 2023 membuka tirai perlawanan.

Walaupun ada menjaringkan gol ketika menentang Perak, secara keseluruhan aksi dipamerkan Tuck masih lagi gagal untuk memberi impak lebih besar dalam permainan.

Antara masalah-masalah yang dihadapi Tuck ialah beliau sering kehilangan bola kepada pemain lawan, kualiti gelecekan lemah, tiada kreativiti serta sangat mengecewakan dalam situasi sepakan percuma.

Perkara ini diluahkan sendiri oleh penyokong Sang Kenari, dan kemuncaknya pada perlawanan terbaharu ketika Kedah tewas mengejut di tangan Penang dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Aman (SDA).

Tuck menjadi antara sasaran penyokong yang meluahkan rasa kecewa di media sosial rasmi Kedah, selepas pasukan kesayangan mereka gagal untuk mara lebih jauh musim ini dalam saingan Piala FA.

“Apa yang istimewa sangat mengenai Lee Tuck tu tak tau la. Harap tatu sahaja,” Muhammad Husni.

“Ramai dok hentam Lee Tuck, aku cadangkan tamatkan kontrak dia ambik De Paula pulak, uji tengok power ka tak,” Perjuangan Semalam.

“Lee tuck virus, Dah 2,3 perlawanan merapu, boleh rehatkan kot lawan Kelantan nanti,” Kamarulzaman Abu Bakar.

Apapun, kekalahan semalam jelas menjadi puncak segelintir kemarahan penyokong Kedah yang kecewa selepas dua perlawanan berturut-turut mereka tewas di laman sendiri.

Kekalahan di pusingan pertama Piala FA ini juga menyaksikan Kedah terlepas peluang untuk mendakap salah satu kejuaraan musim 2023 dan bergantung kepada dua sahaja lagi kejohanan lain.

Jelas Nafuzi Zain mempunyai banyak kerja rumah perlu dilakukan untuk menaikkan kembali moral pemain serta meningkatkan kualiti permainan di atas padang.

Ketika saingan Piala FA sudah tertutup buat Kedah, beliau masih mempunyai baki perjalanan saingan Liga Super yang masih panjang untuk cuba dikejar.

Tambahan pula, masih lagi ada satu kejohanan boleh cuba untuk direbut Nafuzi iaitu Piala Malaysia pada penghujung musim ini.

Buat Tuck, pasti pemain ini sendiri menyedari kelemahan beliau sejak beberapa perlawanan awal dan segala kelemahan perlu dipertingkatkan lagi supaya tidak menjadi sasaran kemarahan penyokong Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN