Freddy Adu: Tinggalkan Benfica Merupakan Penyesalan Terbesar Buat Saya

Freddy Adu

Nama Freddy Adu pada satu ketika dahulu pernah mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila beliau menjadi pemain Amerika Syarikat termuda yang menandatangani kontrak bersama kelab Major League Soccer (MLS).

Menyertai DC United pada usia 14 tahun, Adu dilabel oleh pemerhati bola sepak sebagai pengganti kepada legenda dunia, Pele. Harapan tinggi yang diletakkan di bahunya itu bagaimanapun terlalu berat untuk digalas.

Keadaan tersebut menyebabkan pemain kelahiran Tema, Ghana itu  tidak mampu untuk mencapai tahap yang diharapkan oleh peminat Amerika Syarikat terutamanya dan kini pada usia 32 tahun, beliau telah mewakili 15 pasukan sepanjang kariernya.

Sehubungan dengan itu, Adu mendedahkan bahawa langkahnya meninggalkan Benfica adalah keputusan paling teruk pernah dibuat dalam hidup beliau sehingga menyebabkan kariernya menjadi terumbang-ambing.

”Kesalahan terbesar yang saya lakukan dalam karier saya adalah ketika meninggalkan Benfica untuk dipinjamkan ke Monaco.”

”Saya mengatakannya jauh dari lubuk hati saya. Ia merupakan salah satu keputusan yang sekiranya saya diberikan peluang sekali lagi, saya tidak akan melakukannya.”

”Saya mendapat tiga jurulatih dalam tempoh setahun di Benfica. Kelab ini berada dalam keadaan tidak berfungsi pada ketika itu di mana saya mahu keluar dan memilih haluan lain secepat yang mungkin.”

”Tetapi rupanya ia menjadi keputusan yang teruk dibuat oleh saya. Saya menyertai kelab pada masa yang sama dengan Angel Di Maria. Pada tahun pertama, saya lebih baik berbandingnya.”

”Saya bermain lebih baik daripada dia, tetapi saya memilih untuk pergi ke Monaco secara pinjaman. Dan Di Maria masih kekal di Benfica.”

”Seterusnya dia mendapat peluang untuk bermain dengan seorang jurulatih yang mana kemudiannya dia menjadi pemain kesebelasan utama. Setahun dua selepas itu di ke Real Madrid dan saya pula dipinjamkan ke pasukan kedua.”

”Saya telah membuat keputusan yang salah dalam karier saya. Ia merupakan penyesalan yang tak terhingga,” ujar Adu menurut laporan Sport Bible.

Adu kini beraksi bersama pasukan liga divisyen tiga Sweden, Osterlen FF.

Kredit featured image: Bryn Lennon/Getty Images

Baca artikel lain dari kami yang berkaitan dengan Adu:

10 ‘Wonderkid’ (Dilahirkan Antara 1986-1990) Yang Gagal Penuhi Potensi Mereka

10 ‘Wonderkid’ Football Manager 2007: Di Mana Mereka Sekarang?

Daripada Bintang Muda, Freddy Adu Kini Jual Vaccum Cleaner Untuk Sara Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN