Fred: Tekanan Yang Dihadapi Pasukan Besar Seperti Manchester United Adalah Perkara Biasa

Keadaan sedikit tertekan yang melanda kem Manchester United ketika ini disifatkan pemain tengahnya, Fred sebagai perkara biasa dan mudah untuk difahami.

Pemain antarabangsa Brazil itu juga memahami mengapa tekanan wujud buat kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam masa yang sama beliau tidak sabar untuk memberikan tumpuan terhadap tugasan antarabangsa yang menjelma.

Manchester United kini menghuni tangga kelapan bagi mengutip 13 mata selepas mengharungi lawan perlawanan dan kedudukan pengurus mereka, Jose Mourinho semakin terancam selepas permulaan hambar buat juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu.

”Manchester United adalah sebuah pasukan yang besar, jadi, sekiranya tidak mencatatkan kemenangan, orang ramai dan pihak media akan berasa pelik, sudah pasti,” ujar Fred.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Fred of Manchester United and Demarai Gray of Leicester City battle for possession during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Mereka merasakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku, itu adalah perkara biasa, itu adalah tekanan yang wujud dimana-mana, dalam syarikat, jika keputusan yang diharapkan tidak muncul.”

”Dan Man United juga tidak terkecuali, dengan kualiti dan kepentingan yang dimiliki.”

”Sudah tentu, ia sentiasa baik untuk memakai jersi skuad kebangsaan dan dalam pada masa yang sama, kami di sini cuba untuk melupakan seketika tentang perkara di sana (Manchester United) dan cuba untuk fokus di sini (kem skuad kebangsaan).”

Pemain berusia 25 tahun itu kini berada dalam kem skuad kebangsaan Brazil yang akan menghadapi dua perlawanan persabahatan antarabangsa bertemu Arab Saudi dan Argentina.

Fred atau nama penuhnya, Frederico Rodrigues de Paula Santos menyertai United pada 21 Jun 2018 dan telah membuat tujuh penampilan bersama The Red Devils.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN