Fred Jaringkan Lebih Banyak Gol Berbanding 5 Bintang Mega Ini

Bintang Manchester United, Fred telah melalui musim 2021/22 yang tidak begitu konsisten terutama ketika beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Bukan hanya Fred, bahkan Manchester United sendiri turut memulakan kempen saingan musim ini dengan tidak begitu baik.

Antara pemain yang paling kerap dikritik ketika era Solskjaer adalah bintang Brazil Fred, dengan peminat sering mempertikaikan mengapa beliau senantiasa diturunkan dalam kesebelasan utama.

Bukan hanya peminat, bahkan para pundit turut mempertikaikan hal yang sama dan menganggap Fred tak layak beraksi dalam kesebelasan utama Man Utd.

Fred kini buat kejutan pamer aksi luar biasa menakjubkan

Manchester United masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak pemergian Ole Gunnar Solskjaer, dengan Fred menjadi antara pemain paling bersinar sebalik kejayaan mereka pada ketika ini.

Bintang Brazil itu berjaya menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan menggunakan kaki kananya ketika aksi bertemu Crystal Palace malam semalam.

Gol jaringan beliau itu berjaya membantu United untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini, seterusnya menghidupkan harapan mereka untuk bersaing merebut kedudukan empat teratas.

Agak mengagumkan juga untuk melihat pemain paling kerap dikritik sudah berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Premier League pada musim ini.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, ada pemain bintang dalam dunia bola sepak, yang menjaringkan gol liga yang lebih sedikit berbanding Fred pada ketika ini.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai lima pemain berkelas dunia, yang menjaringkan gol liga lebih sedikit berbanding Fred pada ketika ini.

5. Timo Werner (Chelsea)

Timo Werner merupakan mesin peledak gol yang sungguh menakjubkan ketika kariernya bersama RB Leipzig dalam saingan Bundesliga sebelum ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu berjaya menjaringkan 78 gol dari 127 penampilan dalam saingan Bundesliga, dan berjaya menjadi salah seorang penjaring terbanyak di Jerman.

Beliau kemudiannya menandatangani perjanjian bersama Chelsea pada musim panas tahun lalu, dan beraksi di bawah kendalian Frank Lampard.

Malang sekali, ketika beraksi di bawah legenda kelab itu, Werner sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya, dan beliau juga masih gagal memperbaiki aksinya ketika beraksi di bawah kendalian Tuchel pada ketika ini.

Timo Werner telah disajikan dengan begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun beliau gagal untuk memanfaatkan kesemua peluang tersebut.

Pemain kebangsaan Jerman itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja sepanjang musim 2021/22 ini, dan sukar untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Melihat Fred yang bukan pemain harapan untuk menjaringkan gol, boleh menjaringkan lebih banyak gol berbanding beliau, is sudah cukup untuk membuktikan yang Werner tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

4. Thiago Alcantara (Liverpool)

Thiago Alcantara merupakan salah seorang pemain midfield paling kreatif dalam dunia bola sepak, dan melihat kepada kemampuan beliau, bintang Sepanyol itu dijangka akan beri impak dalam saingan Premier League.

Beliau menandatangani perjanjian bersama Liverpool pada musim panas tahun lalu, namun Thiago berdepan kesukaran ketika awal kehadirannya.

Musim ini beliau lebih kerap diturunkan, dan dengan kemampuan vision serta kualiti hantarannya yang menakjubkan, ramai yang percaya beliau akan lebih bersinar.

Beliau sepertinya sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya, dan walaupun ada memberikan impak, namun itu bukan tahap sebenar yang beliau miliki.

Masalah kecederaan turut mengganggu aksi Thiago, namun sejak beberapa perlawanan terakhir ini beliau mula menunjukkan impak yang lebih positif.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan Premier League setakat musim ini.

3. Jack Grealish (Manchester City)

Bintang Manchester United, Fred hanya beraksi lebih satu perlawanan sahaja berbanding Jack Grealish sepanjang musim ini.

Bintang Aston Villa itu telah melengkapkan perpindahan mega menyertai Manchester City pada musim panas baru-baru ini, dan beliau juga sebelum itu turut dikaitkan bakal menyertai Man Utd.

Kini, bersama Manchester City, Grealish dilihat memiliki suasana yang lebih baik untuk berkembang dan berpotensi untuk menjadi pemain yang lebih digeruni dalam saingan Premier League.
.
Dengan kemampuan taktikal dari Pep Guardiola, Grealish dijangka boleh menjadi pemain paling digeruni oleh pasukan lawan dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, setakat ini bintang kebangsaan England itu masih gagal untuk menemui sentuhan terbaiknya dan tidak memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau juga gagal menyudahkan beberapa peluang yang sepatutnya boleh disudahi dengan jaringan dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Beliau mencatatkan lebih lima on target berbanding Fred, namun bintang Man Utd itu lebih tajam kerana berjaya meledak lebih banyak gol.

2. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Tidak ada keraguan sama sekali, Harry Kane sememangnya pemain penyerang terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Beliau boleh dikatakan agak konsisten sebelum ini bersama Tottenham Hotspur dan turut beberapa kali menjadi penjaring terbanyak dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, persembahan beliau sedikit merosot sejak kebelakangan ini, terutama selepas perpindahannya mahu menyertai Manchester City berakhir dengan kegagalan.

Harry Kane turut dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United namun tiada rundingan rasmi atau perbincangan lebih lanjut yang dilakukan pada musim panas lalu.

Bukan hanya berita perpindahan yang mengecewakan untuk Kane, bahkan aksi beliau di dalam padang juga sangat mendukacitakan.

Pemenang tiga kali anugerah kasut emas dalam saingan Premier League itu bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini, walau sudah beraksi dengan dua pengurus berbeza.

Dari 13 penampilan dalam saingan Premier League musim ini, Harry Kane hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja, dan ia lebih rendah dari Fred yang tak pernah menang kasut emas sebelum ini.

1. Lionel Messi (Paris-Saint Germain)

Di mana ada jaringan, di situ ada Lionel Messi, dengan bintang Argentina itu terkenal dengan ketajaman dan kualiti permainan yang sungguh menakjubkan.

Beliau pada musim panas baru-baru ini telah melengkapkan perpindahan sensasi meninggalkan kelab kesayangannya Barcelona, seterusnya menyertai Paris Saint Germain.

Messi datang dengan harapan bakal menjadi mesin pencetak gol untuk Paris Saint Germain selepas kejayaan beliau membantu Argentina menjuarai saingan Copa America.

Walau bagaimanapun, Messi sepertinya sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini dan hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dalam saingan Ligue 1.

Ia merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk Fred, selepas beliau secara rasminya memiliki rekod yang lebih baik berbanding Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN