Penyerang veteran Brazil, Fred yang kini beraksi untuk Cruzeiro disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius dan memaksa beliau untuk menjalani pembedahan.
Fred disahkan doktot mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
Fred yang baru kembali daripada kecederaan pangkal paha. Beliau hanya sempat beraksi 27 minit dan dilanda kecederaan tersebut. Fred yang cuba merembat bola dan bertembung dengan Sidimar.
Pegawai perubatan Cruzeiro menyatakan yang kecederaan Fred agak serius, beliau dilanda kecederaan lutut ketika cuba melakukan perubahan pergerakan (rotation) pada kadar yang sangat kuat untuk seorang pemain bola sepak.
Kecederaan Fred berlaku pada kaki dominan yang beliau gunakan untuk bermain bola sepak. Kebiasannya, kecederaan pada Fred ini berlaku untuk pemain yang cuba melakukan pendaratan selepas melompat tinggi.
Doktor Sergio Campolina (gambar) berkata:
“Ketika saya membawa Fred ke bilik persalinan untuk melakukan pemeriksaan kepada kecederaan beliau saya memang sudah menjangkakan itu adalah ACL.”
“Kemudan saya juga mendapati yang ada kecederaan pada bahagian periferi beliau, di bahagian sendi lutut.”
“Kecederaan itu boleh dikatakan tidak terlalu serius berdasarkan cara beliau tercedera, beliau boleh cedera lebih teruk daripada itu kerana dia melakukan satu pergerakan yang kompleks, di mana ligamen tidak biasa menampung dan pecah.”
“Jadi beliau harus menjalani pembedahan dalam minggu ini. Kecederaan seperti ini biasanya mengambil masa 6 sehingga 8 bulan untuk sembuh. Jadi, itulah tempoh masa yang kami akan bekerja untuk membantu beliau sembuh.”
Campolina menegaskan, kemungkinan besar, Fred akan sembuh lebih awal daripada yang dijangka. Ini kerana, biasanya kecederaan pada kaki dominan pemain bola sepak akan lebih cepat sembuh berbanding dengan kaki bukan dominan.
Ini kerana, otot untuk kaki dominan lebih responsif dan pesakit akan sentiasa cuba untuk menggunakan kaki dominan mereka lebih cepat bagi kehidupan harian. Ini yang akan membuatkan ligamen mereka akan lebih cepat kembali kuat.
Fred dijangka akan masuk ke bilik pembedahan pada hari ini, Rabu. Pembedahan akan dilakukan oleh Doktor Sergio Campolina sendiri yang merupakan pakar lutut.
Cruzeiro memberikan pengesahan yang kelab tersebut akan menampung kesemua proses pemulihan Fred. Sergio Campolina juga menyatakan yang pihak mereka akan membantu Fred secara terperinci kerana pemain itu tidak pernah mengalami kecederaan lutut.
Beliau juga memberitahu yang lutut Fred masih lagi kategori muda (boy).