Frappart Cipta Rekod Lagi, Muncul Pengadil Wanita Pertama Dalam UCL

Stephanie Frappart Pengadil UCL

Stephanie Frappart mencatat satu lagi rekod untuk muncul wanita pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam pertembungan di antara Juventus dan Dynamo Kyiv pada Rabu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Allianz, Turin itu, tuan rumah Juventus mudah menundukkan lawannya dengan keputusan hasil jaringan Federico Chiesa, Cristiano Ronaldo dan Alvaro Morata.

Dalam perlawanan tersebut Ronaldo turut melebarkan rekod jaringannya kepada 750 gol sepanjang karier profesionalnya setakat ini selain Chiesa yang menjaringkan gol UCL pertamanya.

Pengadil berusia 36 tahun tersebut sebelum ini pernah dipilih untuk dua perlawanan Liga Europa (UEL), selain dijemput untuk 18 perlawanan La Liga sejak mula membuat penampilan di saingan Ligue 1 pada April tahun lalu.

Frappart sebelum ini turut cemerlang ketika menjadi pengadil utama untuk perlawanan Piala Super Eropah di antara Liverpool dan Chelsea pada tahun lepas selain perlawanan akhir Piala Dunia Wanita.

Pengadil wanita pertama yang mengadili perlawanan kejohanan Eropah adalah Nicole Petignat dari Switzerland yang pernah mengendalikan perlawanan pusingan kelayakan Piala UEFA di antara tahun 2004 dan 2009.

Pencapaian Frappart tersebut telah membuktikan gender bukan menjadi ukuran untuk seorang pengadil membuktikan keupayaan mengawal perlawanan berprestij seperti UCL.

Adakah kita akan lihat kelibat pengadil wanita dalam kejohanan EURO pada tahun depan dan seterusnya di Piala Dunia pada satu hari nanti?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Stephanie Frappart dan pengadil wanita:

Stephanie Frappart: Pengadil Wanita Pertama Piala Super UEFA Lengkapkan Malam Gemilang Di Istanbul

Pengadil Wanita Akan Mewarnai Liga Malaysia

Iran Batal Siaran Langsung Bayern vs Dortmund Kerana Pengadil Wanita

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN