Quantcast

BERITA

Franz Beckenbauer Mahu Bayern Munich Dapatkan Jurgen Klopp

Bayern Munich memang sudah lama mahukan Jurgen Klopp. Malah perkara itu diakui sendiri oleh Presiden Uli Hoeness yang menyatakan Bayern hampir mendapatkan Klopp pada 2008.

Selepas kekalahan Bayern Munich di tangan Liverpool, ramai legenda bola sepak Jerman merasakan beberapa jurulatih Jerman di seperti Thomas Tuchel dan Jurgen Klopp harus kembali semula ke negara mereka.

Pemergian jurulatih seperti Pep Guardiola dan juga Carlo Ancelotti, serta persaraan Jupp Heynckess mungkin antara sebab bola sepak Jerman memerlukan lebih ramai jurulatih kelas A untuk mengendalikan pasukan Bundesliga.

Legenda Bayern Munich – Franz Beckenbauer – pula menyatakan beliau mahu melihat Bayern Munich mendapatkan khidmat Jurgen Klopp.

Klopp membawa Liverpool menyingkirkan Bayern di Allianz Arena dalam saingan UCL. Jurgen Klopp pernah membimbing Mainz dan Borussia Dortmund sebelum menyertai Liverpool pada 2015.

Beckenbauer berharap Jurgen Klopp akan mempertimbangkan untuk kembali ke Jerman dan membimbing Bayern Munich.

Ini kerana falsafah bola sepak Jurgen Klopp adalah sesuai dengan kelab itu dan bakal menjadi perkara yang akan membuatkan Bayern Munich lebih digeruni.

Beckenbauer berkata: “Jurgen Klopp menguruskan Bayern Munich pastinya perkara yang diberikan tumpuan.”

“Klopp pengurus yang luar biasa. Ketika di Borussia Dortmund, beliau memperkenalkan kepada bola sepak Jerman makna sebenar bola sepak laju.”

“Beliau berjaya dengan falsafah itu dan banyak pengurus lain yang menggunakan pendekatan beliau. Ini bermakna ianya berjaya dan menarik.”

Bayern Munich kini dibimbing oleh Niko Kovac. Pengurusan kelab Bavaria itu masih menyatakan sokongan mereka ke atas Kovac.

Klopp memberikan respon sambil ketawa: “Saya tidak rasa Bayern Munich perlu untuk mendapatkan saya, begitu juga saya. Namun saya menghargai apabila orang seperti Franz bercakap perkara yang baik tentang saya.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!