Tiba-Tiba Tidak Hadir Berlatih, Pemain Kebangsaan Republik Czech Ini Ditemui Dalam Keadaan Tragis

Pemain antarabangsa Republik Czech, Fransitek Rajtoral disahkan meninggal dunia pada usia beliau 31 tahun.

Franksitek Rajtoral dipercayai membunuh diri apabila ditemui tergantung di kediamannya oleh pihak polis pada Ahad lepas.

Presiden Kelab Bola Sepak Gaziantepspor, Ibrahim Kizil mengesahkan tragedi ini kepada media Turki, Sporx.

Ejen beliau, Pavel Zika yang terkejut dengan kematian Rajtoral menyifatkan kejadian yang menimpa pemain ini sebagai satu tragedi.

Frantisek Rajtoral

“Dengan dukacita saya mengesahkan bahawa berita bunuh diri Fransitek Rajtoral adalah benar. Rakan sepasukan beliau risau apabila Rajtoral tidak hadir dalam sesi latihan pada hari ini.”

“Dia sentiasa bersemangat dan tidak tampak seperti orang yang mempunyai masalah. Saya tidak faham kenapa Rajtoral bertindak demikian”, jelas Ibrahim Kizil dalam satu kenyataan di laman rasmi Gaziantepspor.

Fransitek Rajtoral membuat 14 penampilan bersama skuad kebangsaan Republik Czech dan turut tampil dalam Kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Aksi Rajtoral ketika Euro 2012.

Sepanjang kariernya, Franksitek Rajtoral lebih dikenali ketika beraksi selama 7 tahun bersama kelab division satu Republik Czech, Viktoria Plzeň.

Bersama Viktoria Plzeň, Rajtoral memenangi kejuaraan Gambrinus Liga sebanyak dua kali dan mendakap Piala Czech sekali.

Bekas kelab Rajtoral, turut mengeluarkan kenyataan ketika berita kematian Rajtoral disahkan. “R.I.P Rajt, kami akan merindui mu, kami tidak akan pernah lupakan mu.”

Mark Smith, seorang wartawan sukan terkemuka pernah menyatakan bahawa Rajtoral adalah salah seorang pemain sayap terbaik Republik Czech di generasinya.

Fransitek Rajtoral menyertai kelab Turki, Gaziantepspor pada musim ini dan telah bermain sebanyak 12 kali dalam aksi Susper Lig.

Sebelum ke Turki, Rajtoral turut pernah beraksi dalam saingan Bundesliga bersama kelab Hamburg secara pinjaman pada tahun 2014.

Baca juga: 8 Pemain Yang Menjaringkan Lebih 500 Gol Untuk Satu Kelab

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN