Franklin Lobos: Kisah Bekas Pemain Bola Sepak Terselamat Tragedi Lombong Chile Pada 2010

Karier bola sepak sebenarnya tidak menjanjikan kestabilan untuk anda bertahan lama walaupun sekadar menjadi pemain. Kemajuan perlu ada jika inginkan kestabilan.

Namun tiada gunanya kemajuan itu ada sekiranya peluang agak kurang. Biar pun negara tertentu pernah menjengah aksi Piala Dunia.

Pemain bola sepak terpaksa mempunyai perancangan rapi. Ya, seperti di padang dalam perlawanan, mereka pun juga mesti mempunyai perancangan dalam perlawanan sebenar yang lebih mencabar, iaitu kehidupan!

Siapakah Franklin Lobos?

Bekas pemain berasal dari Chile ini dahulunya pernah beraksi di kelab Cobresal dalam saingan liga Chile. Selain itu, Franklin pernah menjadi pemaib Regional Atacama dan Santiago Wanderers.

Semasa mewakili Cobresal, beliau pernah memenangi kejuaraan divisyen dua Chile pada 1983. Malah, Franklin menjadi skuad yang membantu Chile mara ke Sukan Olimpik 1984.

Tetapi namanya tidak dimasukkan untuk skuad Chile untuk temasya di Los Angeles itu.

Beliau menggantung but pada 1995 dan menjadi pemandu teksi sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, beliau mengubah haluan untuk menjadi pelombong di Chile.

Tumpuan dunia

Nama beliau tiba-tiba kembali dikenali di Chile. Ini kerana beliau antara 33 orang pelombong yang terperangkap di sebuah lombong.

Kejadian malang itu berlaku pada tahun 2010, lebih kurang 8 tahun yang lalu. Anaknya, Carolina sudah merasakan beliau akan terbunuh bersama rakan sekerja yang lain.

Franklin Lobos sewaktu berjaya dikeluarkan dari lombong tersebut pada 2010. Sumber: News of The Restless.

Difahamkan, Frankin Lobos memandu trak yang membawa rakan sekerja sewaktu kejadian itu. Malah, beliau antara individu yang banyak membantu kebajikan pekerja lain yang terperangkap.

Ivan Zamorano, bekas pemain kebangsaan Chile yang pernah menjadi rakan sepasukan Franklin di Cobresal memberi kredit kepada beliau. Kekentalan emosi Franklin di padang menjadi inspirasi beliau untuk bertahan dalam kejadian itu.

Carolina menceritakan beliau sendiri risau keadaan ayahnya di bawah sana. Carolina sendiri juga tahu sewaktu sesi penyelamatan para pelombong berisiko akan gagal.

Ke-27

 

Franklin menjadi individu ke-27 yang berjaya dikeluarkan dari lombong itu. Kejadian bersejarah ini berlaku pada 13 Oktober 2010.

Mereka terperangkap di dalam lombong itu sejak 5 Ogos 2010. Ya, agak terlalu lama mereka semua di dalam lombong itu.

Alejandro Goic berbaju merah, pelakon yang membawakan watak Franklin Lobos dalam filem The 33. Sumber: Emol.com

Beberapa tahun lalu, kejadian ini telah diadaptasikan ke dalam sebuah filem bertajuk ‘The 33.’ Antara pelakon yang membarisi filem ini ialah Antonio Banderas.

Pelakon Chile, Alejandro Goic telah membawakan watak Franklin Lobos.

Cobresal

Cobresal mengenakan jersi putih dan jingga. Sumber: Persatuan Bola Sepak Chile.

Sebenarnya, kelab ini lokasinya di sebuah bandar perlombongan, El Salvador yang letaknya di utara Chile. Nama Cobresal itu diinspirasikan daripada gabungan perkataan cobre (tembaga) dan sal (garam) dalam bahasa Sepanyol.

Kebanyakan penyokong Cobresal ialah pelombong yang tinggal sekitar di situ. Sebab itulah mereka menggunakan ‘helmet’ berwarna kuning pada logo mereka.

Franklin Lobos menceritakan detik awal menjadi pelombong. Beliau pernah terperangkap dalam kebakaran di sebuah lombong dan turut terselamat.

Barulah beliau memahami jerit perih penyokong yang mengumpul wang untuk menonton aksi Cobresal. Dengan yuran tahunan kelab sebanyak 7000 peso Chile (lebih kurang 46 ringgit Malaysia), para pekerja lombong dapat menikmati pas percuma untuk perlawanan Cobresal.

Sebenarnya, ada cadangan daripada pihak Cobresal untuk menggunakan nama Franklin Lobos sebagai nama baru stadium mereka. Namun ia tidak direalisasikan dan mereka kekal menggunakan nama asal yakni El Cobre.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN