Frank McKeown: Kisah Seorang Ahli Bomba Yang Juga Merupakan Pemain Bola Sepak

Pada November 2013, sebuah helikopter membawa seorang juruterbang dan dua orang polis terhempas di Glasgow, Scotland. Helikopter yang digunakan polis itu telah terhempas ke sebuah pub di bandaraya itu.

Kesemua yang berada di helikopter itu telah terbunuh di samping 7 orang yang berada di pub tersebut. Berpuluh mangsa yang lain telah cedera dalam kejadian tersebut.

Luar biasa

Salah satu anggota Bomba Scotland, Frank McKeown telah bertugas pada kejadian tersebut. Frank sebenarnya anggota tambahan yang diminta untuk membantu pasukan bomba lain dalam kejadian tersebut.

Sebenarnya, Frank sudah bertugas sebagai bomba selama 8 tahun sebelum kejadian itu berlaku. Pada malam kejadian, beliau ditugaskan bersama rakan-rakannya untuk shif malam.

Beliau menjalankan tanggungjawab utamanya sewaktu kejadian tersebut. Malah, beliau meninggalkan tempat kejadian pada jam 7 pagi keesokan harinya.

Frank sempat melelapkan mata hanya sejam untuk berehat. Rehat itu perlu demi satu tugasan kedua yang dilakukannya.

Tugasan kedua

Bomba dan pemain bola sepak separuh masa.

Sebenarnya beliau merupakan pemain kelab bola sepak Stanraer separuh masa. Malah, Frank pada ketika itu merupakan kapten kelab.

Stanraer bertemu Clyde dalam perlawanan pusingan keempat Scottish Cup pada keesokan harinya. Frank muncul di kelab untuk beraksi dalam perlawanan tersebut

Rakan sepasukan Frank, Chris Aitken telah dimaklumkan bahawa beliau telah berada di tempat kejadian pada malam sebelumnya. Chris amat risaukan kapten pasukannya itu.

Pengurus kelab, Stephen Aitken bersyukur salah seorang anak buahnya selamat dalam menjalankan tugas. Beliau mengarahkan pegawai kelab agar membuat semakan kesihatan Frank supaya beliau dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Imbas

Perlawanan itu dimulakan dengan one minute silent sebagai tanda peringatan kepada mangsa yang terlibat.

Keputusan perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan Stanraer terpaksa menghadapi perlawanan ulangan. Frank McKeown beraksi sebagai pemain pertahanan sewaktu perlawanan tersebut.

Beliau menyatakan kepada Al Jazeera bahawa beliau menyempurnakan tugasan sebagai bomba seperti rakan-rakan sekerja lain. Beliau mengenangkan mangsa dan kaum keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menunaikan amanah dengan sebaiknya amatlah penting bagi dirinya sebagai ahli bomba. Walaupun semua tahu ia amat berisiko.

Ke mana beliau kini?

Ketika menyarung jersi Stanraer. Sumber: The Herald Scotland.

Kini pada usia 31 tahun, beliau sudah menjadi pemain bola sepak profesional. Beliau meninggalkan Stanraer pada 2015, dua tahun selepas kejadian itu.

Kemudiannya beliau berhijrah ke Greenock Morton. Karier bersama Morton hanya semusim sahaja dan kembali ke Stanraer.

Pada 2017, beliau berhijrah sekali lagi ke Alloa Athletic.

Kisah menarik seperti ini amatlah memberikan inspirasi kepada kita semua. Walaupun ada dalam kalangan kita mempunyai dua karier.

Tidak salah berusaha untuk lebih baik bukan? Ya, contohilah Frank si bomba Scotland ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN