Frank Lampard Sertai BT Sport Sebagai Pundit Musim Baru Bola Sepak England Dan Eropah

Legenda Chelsea, Frank Lampard terus menyemai kecintaannya terhadap bola sepak apabila kini telah menyertai BT Sport sebagai pundit bagi menjelang musim baru.

Berita ini sekaligus memberikan tamparan hebat buat Sky Sports.

Lampard yang bersara pada Februari selepas kerjaya cemerlang beliau untuk kelab dan negara, mengakhiri kariernya beraksi di Amerika Syarikat bersama New York City FC.

Beliau yang muncul di Sky Sports sepanjang musim lalu dan menyinar bersama Jamie Carragher pada ‘Monday Night Football’.

Frank Lampard
Sumber foto : Getty Images

Tetapi Lampard kini menyertai seteru dalam penyiaran sukan Sky Sports iaitu BT Sports, di mana beliau akan bekerjasama dengan bekas rakan sepasukan antarabangsa Steven Gerrard, Rio Ferdinand dan Paul Scholes.

Bekas pemain tengah England itu akan membuat penampilan sulungnya pada Perisai Komuniti Ahad di antara Chelsea dan Arsenal.

“Saya tidak sabar untuk musim baru yang menarik di sini (England) dan di Eropah serta tidak sabar juga untuk mula bekerja dengan pasukan (BT Sport).”

Ketua BT Sport, Simon Green mengesahkan Lampard mempunyai “banyak tawaran, baik dalam permainan dan di tempat lain” setelah bersara.

Terdahulu Lampard pernah dikaitkan bagi mengisi jawatan pengurus di Oxford.

 

Sumber : Mirror UK (2017) – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/frank-lampard-joins-bt-sport-10921592

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN