Frank Lampard: Saya Pun Tak Mampu Beraksi Seperti Thiago Silva Pada Usia 36 Tahun

Thiago Silva

Tonggak pertahanan, Thiago Silva terus memainkan peranan penting buat Chelsea selepas membantu kelab tersebut meraih kemenangan 3-0 bertemu West Ham United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pemain berpengalaman kelahiran Brazil itu bukan sahaja mengemudi jentera pertahanan Chelsea dengan baik sehingga West Ham gagal untuk menjelmakan sebarang percubaan tepat pada perlawanan itu tetapi beliau juga menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-10 menerusi tandukan susulan sepakan penjuru dari Mason Mount.

Melihatkan kepada aksi bertenaga ditampilkan, pengendali Chelsea, Frank Lampard jelas terkejut melihat apa yang telah dipamerkan pertahanan berusia 36 tahun itu.

Meskipun tewas dalam dua perlawanan terdahulu, Silva tetap menjadi antara pemain Chelsea yang menampilkan aksi konsisten sejak beliau mula menyertai The Blues pada jendela perpindahan musim panas lalu.

”Saya masih mengingati sewaktu bermain di Liga Perdana Inggeris pada usia 36 tahun dan saya tidak mampu beraksi seperti dia [Thiago Silva] bermain, dari minggu ke minggu.”

”Saya berada di dalam dan luar pasukan dan saya dapat merasakannya pada tahap tersebut dalam karier saya,” ujar Lampard menurut laporan Goal.

”Saya tahu dia adalah seorang pemain hebat dan mengekalkan status tersebut pada tempoh yang lama tetapi tekanan hebat yang dirasai apabila anda tidak pernah bermain dalam saingan liga ini.”

”Jadi dengan apa dipamerkannya, dia telah melangkaui harapan saya. Tetapi saya seharusnya tidak terkejut dengan keadaan itu kerana saya sedang bekerja dengannya.”

”[Kekuatan Silva] Persiapannya, membaca perlawanan dengan cukup baik, keinginan untuk memenangi perebutan bola udara dan bersaing dengan sesiapa sahaja dihadapinya.”

”Dia telah menjadi tambahan yang cukup hebat buat kelab di dalam dan juga luar padang,” tambah Lampard lagi.

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thiago Silva:

5 Sebab Thiago Silva Relevan Buat Skuad Chelsea

Thiago Silva: Umur Sekadar Nombor, Saya Berasa Sangat Muda

Thiago Silva: Saya Beruntung Pernah ‘Berguru’ Dengan Maldini & Nesta

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN