Quantcast

BERITA

Frank Lampard ‘Panas’ Dengan ‘Spy-Gate’, Bielsa Akui Bertanggunjawab

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa hairan dengan media di Inggeris yang seolah-olah menganggap ‘spy-gate’ sebagai satu kesalahan besar.

Spy-gate merujuk kepada mata-mata yang diarahkan untuk memantau dan mengintip latihan pasukan lawan. Marcelo Bielsa menyatakan, jika ia satu kesalahan, orang yang patut dihukum adalah beliau. Ini kerana pengintip tersebut dihantar atas arahan beliau.

Pegawai pasukan Derby County dilaporkan memanggil polis untuk menangkan seorang saspek yang berkelakuan mencurigakan di pusat latihan mereka. Derby County juga menyatakan mereka sedang bercakap dengan Leeds tentang perkara itu.

Bielsa memberitahu sudah menggunakan kaedah itu sekian lama. Dan ianya tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan.

Bielsa berpandangan, jika sesebuah pasukan itu melakukan latihan terbuka, bermakna anda tiada masalah dengan orang memerhatikan latihan anda.

Bercakap kepada wartawan, Bielsa berkata: “Ya betul, ada orang dari Leeds kami hantar. Namun yang bertanggungjawab untuk semua ini adalah saya.”

“Isu sekarang, tidak penting sama ada benda ini tidak menyalahi undang-undang ataupun tidak, betul atau salah. Ini kerana, ianya sudah disimpulkan ketika Frank Lampard [pengurus Derby] dan Derby County menuduh saya tidak ada semangat kesukanan.”

“Semalam Lampard dan saya bercakap pasal perkara ini, dan beliau memberitahu bahawa saya tidak menghormati prinsip fair play.”

“Saya berpandangan sebaliknya. Namun buat masa ini, paling penting saya menghormati pendirian Lampard dan Derby County.”

“Saya akan bertanggungjawab untuk perkara ini. Saya tidak memaklumkan kepada Leeds untuk untuk perkara ini kerana saya rasa tak perlukan justifikasi Leeds untuk melakukannya – sebab saya sudah mempraktikkannya sejak dahulu lagi ketika kelayakan Piala Dunia dengan Argentina.”

“Perkara ini bukannya melanggar undang-undang. Kami melakukannya dan bercakap tentangnya kepada media secara terbuka. Ada sesetengah orang merasakan ianya salah, dan ada yang merasakan sebaliknya.”

Frank Lampard pula memberikan respon pedas ke atas penjelasan Bielsa. Lampard menganggap ianya tidak bagus dari segi semangat kesukanan.

Lampard berkata: “Saya tidak kisah walaupun ada orang kata ianya sudah menjadi budaya di tempat lain, saya tidak menerima alasan itu. Kerana saya tak percaya perkara seperti ini elok untuk tahap sebegini.”

Lampard menyatakan ianya sedikit mengganggu persiapan mereka. Dan beliau menyatakan dirinya bukan mencari alasan.

“Saya akan konsisten menyatakan perkara yang sama selepas perlawanan, sama ada kami menang, kalah ataupun seri.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!