Frank Lampard Minta David Luiz Fokus Sebagai Pemain Pertahanan

Frank Lampard

Legenda Chelsea, Frank Lampard berseloroh di akaun Instagram milik David Luiz apabila mahukan pemain pertahanan dari Brazil itu turun ke bawah dan bertahan.

Komen itu dilakukan Lampard selepas David Luiz memuatnaik video sesi latihan yang menyaksikan koleksi jaringan-jaringan yang dilakukan pemain berambut afro itu.

Luiz telah bermain dalam kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea setakat ini apabila bertemu Burnley, Tottenham Hotspur dan Everton dan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dijangka menjadi pilihan untuk diturunkan di King Power Stadium bertemu Leicester City pada Sabtu nanti.

Dalam 3 perlawanan liga yang telah dilalui, Chelsea sudah melepaskan 4 gol yang menjadikan Chelsea sebagai pasukan dalam 9 pasukan teratas liga ketika ini yang melepaskan gol terbanyak.

Ketika Chelsea berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi musim 2016/17 dan Lampard sempat bergurau dengan Luiz untuk menumpukan perhatian sebagai pemain pertahanan.

”Kembali ke bawah dan bertahan,” komen Lampard pada video bekas rakan sepasukannya itu.

Frank Lampard
Komen Lampard di Instagram milik David Luiz. Kredit foto : Metro UK

Bekas pemain tengah England itu percaya Chelsea adalah pilihan untuk memenangi gelaran musim ini.

Ditanya pasukan manakah yang akan menjuarai liga musim ini, Lampard memberitahu Arsenal Fan TV: ‘Chelsea.

‘Jika (Eden) Hazard kembali pulih sepenuhnya dari kecederaan dan menyerlah maka mereka mendapat set pasukan terbaik. Mereka (Chelsea) berkembang dengan baik dan mempunyai pertahanan bertiga yang begitu cemerlang. Mereka bertahan baik daripada sesiapa sahaja.

Frank Lampard bersama-sama David Luiz pernah membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2012 dengan menewaskan Bayern Munich dalam penentuan sepakan penalti di Munich.

Sumber :

Metro UK (2017) –  http://metro.co.uk/2017/09/05/frank-lampard-jokes-with-david-luiz-to-get-back-and-defend-ahead-of-leicester-clash-6906191/#ixzz4rr3amlIO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN