Frank Lampard: Kualiti Yang Dimiliki Andreas Christensen Setanding Virgil Van Dijk

Pemain pertahanan muda Denmark, Andreas Christensen terus menjadi pilihan pengurus Chelsea, Antonio Conte bagi mengepalai jentera pertahanan The Blues musim ini.

Prestasi yang dipamerkan pemain berusia 21 tahun ini telah menarik minat legenda hidup Chelsea, Frank Lampard yang menyifatkan Christensen memiliki kualiti yang setanding pemain pertahanan termahal dunia dari Liverpool, Virgil Van Dijk.

Lampard berpendapat bahawa kehadiran Christensen telah menyelamatkan Chelsea daripada berbelanja besar untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah baharu pada dua jendela perpindahan yang lalu.

Pemain yang merupakan produk akademi Chelsea ini berkelana ke Jerman selama dua musim bagi menimba pengalaman bersama Borussia Mönchengladbach.

Antonio Conte pantas menghidu keupayaan yang memiliki ketinggian 188cm ini untuk menyenaraikan dalam skuad Chelsea musim ini dan seterusnya menjadi pilihan beliau selepas David Luiz mengalami sedikit penurunan prestasi.

Andreas Christensen
LONDON, ENGLAND – JANUARY 24: Alexandre Lacazette of Arsenal is tackled by Andreas Christensen of Chelsea during the Carabao Cup Semi-Final Second Leg at Emirates Stadium on January 24, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Seandainya Van Dijk menyertai pasukan sekalipun, Christensen akan dapat menangani perkara tersebut,” kata Frank Lampard kepada Evening Standard. ” Dia tidak akan mempunyai sebarang masalah dengan siapa sahaja pemain yang pasukan tandatangani.”

”Saya pernah berlatih bersamanya ketika saya masih bersama pasukan. Kami semua sangat menyedari dengan kebolehan yang dimilikinya.”

”Dia telah menyertai sesi latihan bersama skuad senior ketika dia berusia 16 tahun dan ianya sangat mengagumkan.”

”Beberapa orang pemain muda kelihatan tidak bersedia untuk meningkatkan kelajuan permainan, untuk membuat keputusan dan pilihan apabila mereka dijemput untuk menyertai kami.”

”Tetapi pada usia muda, dapat dilihat ketenangannya dan kesedaran mengenainya membuatkan dia sesuai untuk bersama skuad senior.”

Lampard turut mengulas mengenai tindakan Chelsea melanjutkan kontrak Christensen sehingga tahun 2022.

”Chelsea telah menandatangani dia dengan kontrak jangka panjang, jadi anda boleh meletakkan apa sahaja angka yang dimahukan terhadap dia. Tetapi mereka (Chelsea) tidak akan menjualnya. Dia tidak akan pergi kemana-mana.

”Ia sangat penting untuk Christensen kembali cergas untuk menhadapi perlawanan besar kerana dia adalah pemain yang penting dan ini adalah masa yang penting musim ini.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN