Frank Lampard Jelaskan Keadaan Kante & Situasi Jorginho Di Chelsea

NGolo-Kante-Frank-Lampard-Chelsea

Chelsea bangkit mengubat kekecewaan dengan kemenangan 3-0 ke atas Watford awal pagi tadi, selepas tewas 2-3 kepada West Ham beberapa hari yang lalu.

Olivier Giroud, Willian dan Ross Barkley masing-masing telah menyumbang satu gol untuk membantu Chelsea melonjak semula di atas Manchester United ke kedudukan ke-4 Premier League dengan mengumpul 57 mata – satu mata di belakang Leicester.

Kecederaan Kante

Walaupun begitu, kemenangan tersebut terpaksa dibayar dengan kehilangan N’Golo Kante yang mengalami kecederaan pada minit ke-78 dan telah diganti oleh Billy Gilmour. Besar kemungkinan pemain itu tidak akan beraksi berdepan Crystal Palace.

Bercakap dalam temubual sejurus perlawanan, Frank Lampard telah menjelaskan yang walaupun kecederaan hamstring pemain asal Perancis itu nampak tidak begitu serius, namun Chelsea mungkin tetap akan kehilangan khidmatnya pada Rabu depan.

“N’Golo Kante mengalami kecederaan hamstring yang ringan tetapi kita akan lihat semula esok sejauh mana kesan buruknya. Seperti yang saya katakan, ianya hanya kecederaan ringan sahaja dan kita harapkan ianya sebegitulah,” jelasnya.

“Selepas esok kita akan tahu bagaimana keadaannya. Tetapi saya jangkakan ia akan menjadi masalah untuk aksi berdepan Palace nanti,” tambah Frank Lampard.

Comeback Kante ke sistem Chelsea

Ketika Maurizio Sarri menjadi pengendali Chelsea, beliau secara terus terang berkata yang Kante tidak sesuai di dalam sistem permainannya, “Saya mahu pemain tengah yang lebih teknikal. Bagi saya ianya sama ada [Cesc] Fabregas atau Jorginho.”

“Saya tidak perlukan Kante di dalam posisi tersebut,” tegas Sarri pada musim 2018/19 mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh Kante bersama The Blues.

Sarri membawa dari Itali sistem 4-3-3 yang menggunakan Jorginho sebagai kunci utama di jentera tengah dan ianya tampak diteruskan oleh Frank Lampard, di mana Kante tidak bermain dengan peranan terbaiknya sebagai pemain tengah bertahan.

Namun, ketika Chelsea menundukkan Aston Villa pada 21 Jun lalu, Kante telah kembali ke posisi kegemarannya dengan Mateo Kovacic dan Mason Mount telah digandingkan bersamanya di jentera tengah. Ia telah menghidupkan kembali Kante!

Jorginho mahu kembali dengan Sarri?

Jadi, apa yang berlaku kepada Jorginho? Sejak liga kembali bersambung, kelibat pemain ini sudah tidak kelihatan di mana-mana. Sebelum itu, beliau telah beraksi dalam 37 perlawanan, menyumbang tujuh jaringan disamping dua bantuan gol.

Difahamkan pemain ini mungkin akan dijual pada jendela perpindahan akan datang bagi mendapatkan dana pemain-pemain baharu Chelsea. Frank Lampard juga tertinggal menyebut namanya ketika menyatakan pemain-pemain di jentera tengah.

Begitupun, dalam temubual selepas perlawanan ketika ditanyakan mengenai kehilangan Jorginho, pengendali berusia 42 tahun itu memberi respon pendek dengan menyatakan yang pemain asal Itali itu masih berada dalam perancangannya.

Tetapi, dengan persaingan sengit di jentera tengah ketika ini dan telah diketepikan empat perlawanan berturut-turut mungkin akan membuatkan pemain tersebut bersetuju untuk meninggalkan Stamford Bridge dan bergabung dengan Sarri.

Penutup

Chelsea akan melalui tiga perlawanan yang agak biasa-biasa selepas ini, bermula dengan Crystal Palace, Sheffield United diikuti Norwich. Cabaran sebenar adalah berdepan pasukan yang semakin baik prestasinya, Man United kemudiannya.

Ketiadaan Kante sebenarnya memberi ruang untuk pemain lain beraksi. Sebagaimana ketiadaan Jorginho sebelum ini akibat penggantungan menyaksikan beliau tersisih agak lama, disebabkan beliau gagal menempatkan semula dirinya.

KREDIT FEATURED IMAGE: DAILY MAIL

Baca lagi artikel mengenai Chelsea FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN