Franck Ribery Digantung Tiga Perlawanan Kerana Mengasari Pegawai Perlawanan

Musim pertama, Franck Ribery di Itali menjadi serba tak kena apabila pemain Fiorentina itu digantung tiga perlawanan kerana kesalahan menolak pegawai perlawanan selepas kekalahan pasukannya kepada Lazio pada Ahad.

Ribery yang diganti ketika perlawanan berbaki 15 minit telah menolak pengadil sebanyak dua kali sejurus sahaja perlawanan berakhir. Beliau dilayang kad merah dan turut didenda €20,000 atas kesalahan yang dilakukan tersebut.

Bekas pemain Bayern Munich itu berang disebabkan jaringan pada minit-minit akhir oleh penyerang Lazio, Ciro Immobile diberikan sekalipun Fiorentina mendakwa berlaku kekasaran ke atas pemain mereka sebelum gol itu berlaku.

Jawatankuasa disiplin Serie A yang memutuskan hukuman tersebut mendakwa tindakan Ribery adalah kesalahan serius dan tidak menghormati pegawai perlawanan. Penggantungan itu menjadikan Ribery akan terlepas aksi liga menentang Sassuolo, Parma dan Cagliari.

Kejadian tersebut agak mengejutkan kerana pemain berusia 36 tahun itu sangat dikenali dengan sikapnya yang merendah diri sepanjang kariernya. Beliau kemudian memuat naik hantaran permohonan maaf di dalam akaun media sosial.

“Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan, kepada jurulatih dan kepada semua penyokong.

“Saya juga memohon keampunan kepada Encik Passeri (pembantu pengadil) kerana selepas perlawanan tamat saya amat sedih dan kecewa. Jadi saya harap beliau faham emosi saya tidak begitu baik ketika itu.”

Sementara itu, dalam laporan BBC, pihak Fiorentina memohon penjelasan mengapa pengadil, Marco Guida tidak menyemak sendiri insiden kekasaran Jordan Lukaku terhadap pemain sayap, Riccardo Sottil menerusi monitor di tepi padang.

“Kenapa dia tidak pergi melihat ulang tayang?” Soal jurulatih Fiorentina, Vincenzo Montella.

“Ini perkara serius sekiranya pengadil tidak lihat sendiri insiden penting yang mengubah keputusan perlawanan.”

“Kami semua menunggu sehingga empat minit untuk menunggu untuk pengadil memutuskan sama ada dia mahu melihatnya atau tidak.

“Jika dia pergi melihat [pada monitor] mungkin kami perlu tunggu satu atau dua minit lagi, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh mendapat kepastian.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN