Francesco Totti Tarik Diri Kursus Kejurulatihan UEFA B Demi AS Roma

Francesco Totti telah menarik diri daripada kursus untuk memperolehi sijil kejurulatihan kerana komitmennya sebagai seorang pengarah kelab Roma.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Persatuan Jurulatih Italo (AIAC).

Totti yang bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada akhir musim selepas 24 tahun bersama Roma, dilantik sebagai pengarah kelab sebelum mendaftar untuk mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA B.

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)

Pemain berusia 41 tahun tersebut baru sahaja mengikuti kursus kejurulatihan tersebut 2 minggu yang lalu. Penarikan diri Totti daripada kursus itu akan membuka ruang kepada bekas rakan sepasukan Totti di Roma, Simone Perrotta untuk mengisi slot tersebut.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh AIAC:

“Francesco Totti telah menunjukkan dirinya adalah seorang juara walaupun ketika berada di luar padang. Oleh kerana Totti tidak dapat memberikan komitmen untuk menghadiri kursus yang diadakan secara berkala, rasa hormat terhadap rakan-rakan sekursus, tenaga pengajar dan penganjur; maka beliau membuat keputusan untuk menarik diri.”

(Photo by Pedro Lopes / DPI / NurPhoto via Getty Images)

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Totti berjaya menjadi seorang jurulatih pada masa hadapan. Pihak atasan di AIAC agak kecewa dengan keputusan Totti.”

“Namun demikian adalah niat AIAC untuk melihat Totti kembali untuk menyertai program kejurulatihan yang sama pada masa hadapan.”

Sejak mendaftar untuk menyertai kursus kejurulatihan pada bulan lepas, Totti sibuk dengan tugasan bersama Roma sehingga sukar mencari masa untuk mengikuti kelas yang diadakan.

(Photo credit should read CHRISTOPHE SIMON/AFP/Getty Images)

Pada minggu lepas Totti dilihat hadir dalam perlawanan Europa League di antara AC Milan menentang Rijeka sebelum terbang ke Georgia untuk satu perlawanan amal.

Totti kemudian kembali ke Milan untuk menyaksikan kemenangan 2-0 Roma ke atas kelab Rossoneri itu.

Rakan sepasukan Totti, Simone Perrotta yang sudah mulai mengikuti kursus kejurulatihan yang diadakan di Coverciano akan meneruskan kursus kejurulatihan tersebut di Roma untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Totti.

Ini membenarkan Perrotta mengikuti kursus kejurulatihan lebih dekat dengan kediamannya.

Sumber:

1. Ben Gadwell, ESPN FC (2017): Roma director Francesco Totti quits coaching course after two weeks; http://www.espnfcasia.com/as-roma/story/3220213/roma-director-francesco-totti-withdraws-from-coaching-course-after-two-weeks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN